Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAJLIS PRIVI

Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik

oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri

daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim,

dan sarjana yang dipilih dari negara-negara

Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai

simbol ketua negara Komanwel. Dalam

kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota

kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji,

apabila mereka diberi tempat dalam kabinet.

Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan

kabinet Inggeris.

UMUM 
MAJLIS TARIAN BERTOPENG

Majlis tarian bertopeng ialah nama suatu

majlis sosial atau tari-menari di mana topeng dan

kostum yang beraneka ragam dipakai.

UMUM 
MAJLIS EROPAH

Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang

terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini

berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih

rapat antara negara-negara anggotanya bagi

mencapai kemajuan ekonomi dan sosial.

Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai

sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak

sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk

mempereratkan kerjasama dalam bidang politik,

sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan

undang-undang.

UMUM 
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 
MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA

MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA, badan yang menguruskan pentadbiran hal ehwal Islam pada peringkat kebangsaan. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pada mulanya, majlis ini dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Barat. Pada 17 Jun 1971, namanya ditukar kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, untuk memperluaskan lagi keahliannya ke negeri Sabah dan Sarawak.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA

MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA, badan perwakilan golongan pemodal Eropah dan Asia semasa pentadbiran British. Majlis ini dibentuk pada tahun 1912 bagi menggantikan Majlis Penasihat (1883–1909), yang bertujuan membantu pentadbiran kerajaan. Ahli majlis ini seramai tujuh orang ahli rasmi dan empat orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh gabenor. Ahli tidak rasmi mewakili para peladang di Pantai Barat dan Pantai Timur, para peniaga Eropah, serta para peladang Cina. Pada mulanya peribumi serta orang Asia selain orang Cina diwakili oleh orang Cina. Keadaan ini kurang disenangi, lalu majlis diletakkan di bawah penyeliaan gabenor serta ahli rasmi majlis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA

Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) ialah badan bahasa yang asalnya ditubuhkan sebagai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 29 Disember 1972.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI

MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAJLIS

Majlis, dalam kerajaan tempatan, ialah pihak

berkuasa tempatan yang dilantik di sesebuah

kawasan pentadbiran. Ia terdapat di banyak

negara, termasuk Australia, New Zealand, Afrika

Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM

Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang

dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab

terhadap semua aspek pemuliharaan alam di

United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini

dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza.

Organisasi itu ialah Countryside Council for

Wales, English Nature, dan Scottish Heritage.

Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam

menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi

wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar

tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan

alam negara, menentukan tempat-tempat yang

mempunyai kepentingan saintifik, dan

bertanggungjawab kepada penentuan simpanan

alam laut.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas