Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Hendak mengada majlis bergendang, Minta kebenaran di Rumah Pasung; Hendak menangkap ikan terbang, Terlepas keli terlepas baung.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Adat Melayu dari muafakat, Duduk di majlis memakai adab; Kuat Melayu berdiri adat, Elok manis sesuai cakap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai.Pantun Melayu SarawakKasih
Apabila duduk menulis, Jangan mematah kalam; Apabila duduk di majlis, Jangan berlidah tajam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila duduk menulis, Jangan tertumpah dakwat; Apabila duduk di majlis, Jangan suka mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau duduk tulis menulis, Elok juga membaca kitab; Kalau duduk dalam majlis, Elok-elok dalam bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kalau menangkap si ikan bilis, Pilihlah dulu lentik bongkoknya; Kalau bercakap di dalam majlis, Fikir dahulu buruk baiknya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas