Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Cinta sayang dari Perlis,
     Dibawa menari dalam majlis;
Saya umpama kain putih,
     Sebarang warna boleh ditulis.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syuhaila Husain Majlis Perasmian Penutup atau Majlis atau Majlis Perasmian Penutupan atau Majlis Penutupan Yg mana satu.?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa18.05.2014
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ?

Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian.

Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan.

Tatabahasa17.05.2008
majlis penutupan atau penutupUngkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Istilah10.03.2015
Assalamualaikum. Mohon pencerahan penggunaan perkataan iaitu Majlis Penangguhan yang sering digunakan dalam menutup sesuatu majlis seperti sukan tahunan sekolah atau majlis yang diadakan setiap tahun. Bagaimana pula dengan penggunaan Majlis Penutupan? Terima kasihWaalaikumsalam. Tuan, sekiranya sesuatu majlis itu ada Majlis Perasmian, maka pengakhiran majlis itu mestilah Majlis Penutupan.Lain-lain07.03.2015
Assalamualaikum. Sekiranya majlis yang tiada perasmian misalnya Pesta Pantun Sekolah Menengah, sesuaikah digunakan ungkapan Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah. Bolehkah penggunaan ungkapan Majlis penangguhan digunakan untuk menutup sesuatu majlis dengan alasan majlis tersebut akan diadakan lagi pada setiap tahun? Mohon pencerahan daripada pihak tuan kerana penggunaan ungkapan majlis penangguhan seringkali digunakan dalam menutup sesuatu majlis. Terima kasih.Majlis Penangguhan Pesta Pantun Sekolah Menengah atau Majlis Penutupan Pesta Pantun Sekolah Menengah, kedua-dua frasa ini boleh digunakan.Tatabahasa09.03.2015
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992Ejaan28.03.2005
1. Di majlis 2. Dalam majlis 3. Pada majlis Yang manakah betul?Yang betul ialah dalam majlis dan pada majlis.Tatabahasa15.10.2007
Adakah perkataan 'majlis' perlu dicatatkan dalam sesuatu program? Contohnya: 'Majlis Penutupan Dialog Utara'. Ataupun memadai dengan 'Penutupan Dialog Utara'?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmian bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Lain-lain28.08.2017
Salam. Saya ada kemusykilan berkenaan dengan frasa nama yang bermula dengan perkataan majlis. Contohnya, Majlis perasmian bulan bahasa SMK Bandar Kuching No.1 telah diadakan dengan jayanya. Adakah huruf depan setiap perkataan bagi majlis perasmian bulan bahasa perlu ditulis dengan huruf besar?Penamaan majlis dianggap sebagai kata nama khas. Ayat yang betul ialah Perasmian Majlis Bulan Bahasa SMK Bandar Kuching No.1 telah diadakan dengan jayanyaTatabahasa25.08.2022
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH @ MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH Soalan- Adakah ketiga-tiga ayat di atas boleh digunakan sebagai tajuk sesuatu majlisTajuk yang sesuai digunakan:

1. MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTIDADAH
2. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANTIDADAH
Lain-lain08.02.2018
12345678910...

Kembali ke atas