Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.jo.ri.ti] | ماجوريتي

Definisi : 1. sebahagian atau sebilangan ter­besar; 2. kelebihan undi atau kerusi yg diper­oleh oleh calon atau parti mengatasi bilangan undi calon atau parti yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.jo.ri.ti] | ماجوريتي

Definisi : 1 bilangan atau jumlah yg banyak (besar): ~ penduduk yg tinggal di situ ialah orang Melayu. 2 kelebihan undi sesuatu pihak drpd pihak lain: parti ~ parti yg memenangi pilihan raya (dgn memperoleh undi yg banyak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata majoriti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu ayat yang betul, (1) atau (2)? (1) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. (2) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus daripada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat.Tatabahasa15.08.2018
salam 1Malaysia, saya memohon kepastian untuk ayat yang paling sesuai bagi ayat 1 atau ayat 2 berikut: Ayat 1: Sungguhpun demikian, majoriti respons responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. Ayat 2: Sungguhpun demikian, majoriti respons ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. apakah kedua-dua contoh ayat di atas sesuai atau ada ayat yang lain yang lebih sesuai? mohon bantuan atau cadangan ayat. tqSungguhpun demikian, majoriti responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan kenyataan bahawa tugas guru, iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada berhampiran atau di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa31.03.2015
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%).Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). Tatabahasa14.12.2011
salam 1Malaysia, saya memohon pengesahan/pembetulan mengenai ayat yang dinyatakan berikut: Berdasarkan hasil analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan pernyataan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding bandar bagi item yang dipersetujui oleh responden guru. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju responden guru bandar adalah lebih tinggi berbanding responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh responden guru. terima kasih untuk kerjasama pihak tuan.Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding dengan responden guru bandar bagi item yang dipersetujui oleh mereka. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju menunjukkan responden guru bandar lebih tinggi berbanding dengan responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh mereka.Tatabahasa04.08.2015
Salam. Bagaimanakah cara menulis pecahan dalam tulisan Jawi? Bolehkah Tuan/Puan berikan contoh bagi ayat ini? "Parlimen dengan majoriti lebih 2/3 undi telah meluluskan usul tersebut." Adakah garis miring yang digunakan sama dengan Rumi atau diterbalikkan? Terima kasih.

Cara penulisan pecahan dalam jawi sama seperti penulisan rumi iaitu nombor dibaca dari kiri.

".ڤرليمن دڠن ماجوريتي لبيه 2/3 اوندي تله ملولوسکن اصول ترسبوت"

Lain-lain23.01.2022
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, KhalidUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel.Istilah07.07.2011
bolehkah anda memberi maklumat tentang bahasa perpaduan. definisinya dan lain-lain lagi.Dalam konteks Malaysia, bahasa perpaduan ialah bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan yang dapat difahami majoriti kaum di Malaysia ini. Sila rujuk pelbagai bahan yang boleh didapati di laman web DBP dan klik pada "perkhidmatan"Lain-lain27.01.2007
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012
Salam. Saya inin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan Bahasa Inggeris 'PREVIEW' dalam Bahasa Melayu. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan saluran berita TV dan radio arus perdana, tesis-tesis universiti dalam talian dan juga persuratan rasmi kerajaan, majoriti menggunakan perkataan PREBIU sebagai terjemahan untuk 'PREVIEW'. Namun begitu, semakan melalui carian DBP, saya tidak menjumpai perkataan PREBIU, yang ada hanyalah PREVIU. Bolehkah jika pencerahan diberikan supaya diketahui sebenarnya yang tepat adalah PREBIU atau PREVIU?Salam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Dewan, preview diberi padanan pratonton atau previu.

Sekian, terima kasih.
Ejaan13.09.2018
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Adat Resam di dalam satu persatuan ataupun kelab? 2. Peranan dan tanggungjawab,

1. Adat Resam dalam persatuan atau kelab merujuk kepada perkara lazim dan kebiasaan yang telah diterima oleh majoriti anggota atau ahli sesuatu persatuan/kelab tersebut.

2. Peranan dan tanggungjawab yang dimaksudkan ialah tatacara serta jadual kerja yang biasanya telah  digariskan kepada seseorang yang memegang jawatan tersebut.

Lain-lain09.02.2009
12

Kembali ke atas