Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kan.ma.ka.nan] | ماکن-ماکنن

Definisi : bermacam-macam jenis makanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makan-makanan

Puisi
 

Beras padi makanan itik,
     Itik biasa makan berdua;
Belas hati pandang ke bilik,
     Bilik biasa tidur berdua.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makan makanan seimbang atau makan makanan yang seimbangAyat yang betul ialah Makan makanan yang seimbang.Lain-lain06.10.2020
Mohon penjelasan tuan; 1. Mereka bersama-sama makan makanan itu. 2. Mereka makan makanan itu bersama-sama. 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah:  2. Mereka makan makanan itu bersama-sama; dan 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama.Tatabahasa21.02.2012
Salam sejahtera, 1. Mereka makan makanan di kantin. 2. Mereka makan makanan yang lazat di kantin. Ayat yang mana betul ? Terima kasihKedua-dua ayat adalah betul.Makna06.05.2014
Yang mana satukah ayat tanya ini diterima? i. Keluarga siapa sedang makan makanan? ii. Keluarga siapakah sedang makan makanan? Teruma kasih.

Kedua-dua ayat boleh digunakan.

Tatabahasa21.02.2019
Assalamualaikum tuan/puan, bolehkah tua /puan analisiskan kesalahan yaang terdapat dalam karangan di bawah : Antara punca masalah obesiti ialah makan makanan yang tidak berkhasiat. Individu makan-makanan yang manis, masin dan berminyak tanpa mengambil kira tanpa mengambil kira isi kandungan kalorinya. Selain itu, kanak-kanak juga haruslah sentiasa berenam. Lazimnya, individu akan menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau bermain permainan computer. oleh itu, kalori di dalam badan tidak akan terbakar dan membawa kepada masalah obesiti. Masalah obesiti yang dialami oleh kanak-kanak mungkin juga berpunca daripada keturunan. Ibu bapa yang mempunyai Masalah obesiti cendurung mempunyai anak yang obesiti. Masalah obesiti ini akan membawa paduh kepada kanak-kanak yang menghadapinya kanak-kanak mungkin akan dibuli oleh kanak-kanak yang lain kerana memilkki tubuh yang gembal. Kesimpulannya, ibu bapa haruslah menasihatu dan menolong anak-anak mengalami masalah obesiti.

Ayat ini mengandungi beberapa kesalahan ejaan dan tatabahasa, seperti computer, cendurung dan paduh (ejaan). Ayat “Individu makan-makanan yang manis, masin dan berminyak tanpa mengambil kira isi kandungan kalorinya” tidak lengkap kerana tidak mempunyai predikat. Tuan boleh memanfaatkan kamus atau laman prpm.dbp.gov.my untuk mencari kesalahan ejaan yang lain. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga dan lihat aspek Binaan Ayat pada halaman 463. Untuk menganalisis sesuatu teks perlu dibuat pembacaan terlebih dahulu. Sekiranya terdapat kekeliruan dalam memahami kandungan  buku berkenaan, tuan boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa13.10.2023
1. "yang" digunakan sabagai kata hubung pancangan relatif, selain digunakan dalam ayat majmuk, bolehkah "yang" digunakan dalam ayat tunggal seperti saya tidak suka makan makanan yang mentah. 2. kuih itu rasanya manis, kuih itu manis rasanya. manakah betul? apakah golongan kata "rasanya"? terima kasih.1. Ayat "Saya suka makan makanan yang mentah." adalah betul.
2. Ayat yang betul ialah "Kuih itu rasanya manis."
3. "Rasanya" ialah kata tugas
Tatabahasa09.10.2013
salam sejahtera, Encik, Adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Sesiapa yang makan makanan yang telah tercemar kepada bakteria akan menunjukkan gajala-gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah. Sekian terima kasih.Ayat ini diperbetul menjadi -  Sesiapa yang makan makanan tercemar berkemungkinan akan mengalami keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah.Tatabahasa09.07.2008
Salam, Apakah perkataan/imbuhan yang sesuai digunakan dalam ayat ini? Makan/makanan? Makanan malam telah siap dimasak oleh ibu. Makan malam telah siap dimasak oleh ibu. Apakah bezanya? Terima kasih.

Kedua-dua sama dan boleh digunakan. Makan malam diberikan makna Hidangan makanan di antara pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Namun dalam penggunaan lazim, agak jarang kita menuturkan makanan malam, cukup setakat makan malam.

Tatabahasa21.05.2014
1.Adik sangat sukakan kucing itu.(Adakah ayat itu salah_) 2.Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah.(Adakah ayat itu salah) 3.Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.(Apkah kesalahannya) 4. Apakah perbezaan "mengajarkan" dan ' mengajar" 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim.(Apakah kesalahannya) 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar.(apakah kesalahannya) 7. Dia menyayangi anaknya.(adakah ayat itu salah) 8. Apakah perbezaan "merindui" dan merindukan Ribuan terima kasih.1. Adik sangat sukakan kucing itu. - salah, imbuhan kan di situ untuk ayat perintah seperti bukakan pintu itu.  2. Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah. - betul, suka dalam ayat ini berfungsi sebaai kata bantu.  3. Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. - salah, perkatan jarang  bermaksud tidak kedap tenunannya.  4. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang; ia menajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut, manakala "mengajar" bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain.   5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim. - tidak salah.  6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar. - tidak salah  7. Dia menyayangi anaknya. - tidak salah.  8. Merindui bermaksud  mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu, manakala merindukan bermaksud  membangkitkan rasa rindu.Tatabahasa07.10.2009
1. Saya makan makanan di atas meja. 2. Ali menyusun buku di atas rak. betulkah ayat-ayat tersebut?Dari segi susunan ayat, kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa15.04.2014
12345678910

Kembali ke atas