Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kan.ma.ka.nan] | ماکن-ماکنن

Definisi : bermacam-macam jenis makanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makan-makanan

Puisi
 

Beras padi makanan itik,
     Itik biasa makan berdua;
Belas hati pandang ke bilik,
     Bilik biasa tidur berdua.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infantile swallowpenelanan infantilPergigianTiadaProses penelanan susu oleh bayi semasa menyusu. Dalam proses ini mulut bayi akan memengap di sekeliling puting ibu dan diikuti dengan pergerakan lidah ke hadapan dan belakang sambil menolak puting ke lelangit dan otot mukosa pipinya. Proses penekanan dan penyedutan ini akan mengeluarkan susu daripada puting ibunya. Penelanan secara ini akan berhenti apabila bayi diberi makan makanan pepejal.
ready-to-eat foodmakanan sedia makanMakanan dan PemakananMakananHidangan atau produk makanan yang disediakan atau dimasak terlebih dahulu dan tidak memerlukan proses memasak selanjutnya sebelum dimakan.
true digestibilitykebolehcernaan sebenarVeterinarTiadaJumlah sesuatu nutrien yang dimakan dan diserap, selepas ditolak nutrien yang berasal dari dalam badan atau bahan endogen. Jumlah ini boleh ditentukan dengan menjalankan satu uji kaji keseimbangan dengan memberi makanan kepada ternakan dalam tempoh tertentu dan najis yang terhasil dipungut, direkod dan dikira jumlah nutrien yang diserap. Bahan endogen boleh ditentukan dengan memberi makan makanan tanpa protein (diet bebas N) dan menganalisis najis. Kebolehcernaan sebenar boleh dikira seperti yang berikut: KS = BK dimakan - (BK najis – BK endogen) x 100 BK dimakan KS - kebolehcernaan sebenar BK - bahan kering
edible food packagingpembungkusan boleh makanMakanan dan PemakananMakananPembungkus makanan yang diperbuat daripada bahan yang boleh dimakan. Pembungkus jenis ini berbentuk lapisan nipis ataupun kulit yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Selain itu, lapisan nipis ini juga boleh diperbuat daripada kacang hazel, kacang tanah dan kelapa seperti pembuatan pembungkus aiskrim.
eating disordergangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
feeding behaviourperilaku makanPerikananTiadaTabiat pemakanan kumpulan ikan tertentu berdasarkan jenis makanan, masa makan, habitat dan peringkat umur ikan. Perilaku makan boleh digolongkan kepada beberapa kategori seperti pemakan bangkai, karnivor, herbivor dan omnivor. Sinonim tabiat makan.
feeding cyclepusingan makanPerikananTiadaKitaran waktu makan ikan bagi mendapatkan makanan secukupnya. Maklumat mengenai pusingan makan ikan dapat membantu pemancing menentukan masa yang sesuai untuk memancing ikan. Kitaran waktu makan ikan dipengaruhi oleh faktor masa tertentu seperti waktu bulan penuh atau waktu bulan sabit, waktu matahari naik atau waktu matahari terbenam, atau waktu air pasang atau waktu air surut. Contohnya, waktu matahari hampir terbenam dan waktu matahari hampir terbit merupakan masa yang paling sesuai untuk memancing kerana pada masa ini ikan sangat aktif mencari makanan.
edible fatlemak boleh makanMakanan dan PemakananMakananLemak dalam bentuk pepejal atau cecair yang terdapat dalam tisu haiwan dan biji-bijian tumbuhan yang sesuai untuk dimakan oleh manusia. Lemak berbentuk pepejal boleh didapati daripada haiwan seperti lembu, kambing dan babi, manakala lemak berbentuk cecair boleh didapati daripada tumbuhan seperti biji bunga matahari, jagung dan kacang soya.
binge-eating disordergangguan makan gelojohMakanan dan PemakananPemakananGangguan makan yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan bulimia nervosa, tetapi tanpa penyingkiran makanan secara paksa atau tingkah laku tambahan yang lain. Lihat juga bulimia nervosa.
anorexiaanoreksiaMakanan dan PemakananTeknologi MakananGangguan psikologi yang menyebabkan keengganan untuk makan atau kehilangan selera makan. Keadaan ini mengakibatkan individu mengalami kehilangan berat badan yang banyak, penderitaan, lemah tubuh dan penurunan kadar metabolisme asas.
12345678

Kembali ke atas