Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merotes[m«.Äo.tes]kata kerjakerap mengambil makanan, khususnya makanan yang kecil-kecil dan sedikit-sedikit.Suke beno kau ni merotes ape yang ade kat dapo.[su.k« b«.no kAw ni m«.Äo.tes A.p« sA.dZ« jAN A.d« kAt dA.po]Suka dan kerap benar engkau ini memakan makanan sedikit-sedikit, apa yang ada di dapur.
burasak[bu.ÄA.sA/]kata namasejenis makanan daripada beras yang dibungkus dengan daun pisang muda sebaik-baiknya dengan daun pisang nipah. Selepas dibungkus, makanan ini disusun bertindih-tindih, direbus dengan santan selama lima atau enam jam. Makanan ini istimewa untuk orang ketur   
jilat palet[dZi.lAt pA.let] menjamah makanan yang sedikit.Bende tak banyak jilat palet le kite.[b«n.d« tA/ bA.øA/ dZi.lAt pA.let l« ki.t«]Makanan itu tidak banyak, sekadar menjamah sahajalah kita.
bejekbah[be.dZe/.bAh]kata adjektifbanyak, melambak.Kite jangan risau, makanan bejekbah lagi.[ki.t« dZA.NAn Äi.sAw mA.kA.nAn be.dZe/.bAh lA.gi]Kita jangan risau, makanan masih berlambak.
seligan-ligan[s«.li.gAn.li.gAn]kata tugaskesemuanya.Seligan-ligan makanan atas meja abes dimakan.[s«.li.gAn.li.gAn mA.kA.nAn A.tAs me.dZA A.bes di.mA.kAn]Semua makanan di atas meja habis dimakannya.
jajan[dZA.dZAn]kata namamakanan ringan yang digemari oleh kanak-kanak.Dapat duet raye jangan abes buat beli jajan aje,simpan-simpan siket.[dA.pAt du.wet ÄA.j« dZA.NAn A.bes bu.wAt b«.li dZA.dZAn Kalau dapat duit raya, janganlah dihabiskan untuk membeli makanan ringan sahaja, simpan-simpanlah sedikit.
ceding[tS«.diN]kata namabuah penghujung atau baki padi yang belum dituai.Ceding padi tu jadi makanan tikus.[tS«.diN pA.di tu dZA.di mA.kA.nAn ti.kus]Baki padi yang masih belum dituai itu menjadi makanan tikus.
opak[o.pA/]kata namasejenis makanan daripada parutan ubi kayu yang dibentukkan bulat, leper, nipis dan besar seperti saiz pinggan, dikeringkan dan digoreng.   
mentong[men.toN]kata kerjamemakan makanan asas selepas waktu makan yang lazim.Baru pukol tige, Mak Usu dah mentong.[bA.Äu pu.kol ti.g« mA/ u.su dAh men.toN]Baru pukul tiga, Mak Usu makan sekali lagi.
jeranan[dZ«.ÄA.nAn]kata namamakanan daripada sayur-sayuran seperti kangkung, timun, tauge atau pucuk ubi dan lain-lain yang dicampur dengan tauhu goreng dan tempe goreng dan dimakan dengan kuah kacang, pecal; jenganan.   
123

Kembali ke atas