Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKANAN SEJUK BEKUMakanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah

satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet

makanan. Syarikat pemproses makanan

menyejukbekukan makanan seperti makanan

panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran

dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang

menyejukbekukan makanan di rumah.

Penyejukbekuan mengawet makanan dengan

mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan

makanan dan dengan melambatkan tindak balas

kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk

beku hendaklah disimpan pada suhu –18°C atau di

bawah suhu ini.

UMUM 
MAKANAN

Makanan adalah satu daripada keperluan kita

yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa

makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk

segala-gala yang kita lakukan – berjalan, bercakap,

bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas.

Makanan juga membekalkan tenaga yang

diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar

untuk berfungsi. Di samping itu, makanan

membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan

oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan

untuk mengawal organ dan sistem badan.

UMUM 
MAKANAN NYAHHIDRAT

Makanan nyahhidrat ialah makanan yang

telah diawet dengan cara pengeringan.

Menambah air kepada makanan demikian

menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak.

Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh,

rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut,

dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat

lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan

keluaran telur.

UMUM 
MAKANAN TERNAKAN

Makanan ternakan ialah istilah bagi makanan

yang diberikan kepada haiwan ternakan. Makanan

pelawas (makanan kasar) yang digunakan termasuk

kacang soya, kacang duduk, dan tumbuh-tumbuhan

padang rumput ternak seperti rumput

dan alfalfa. Sesetengah tumbuh-tumbuhan ini

dikeringkan dan diberikan kepada haiwan ternakan

sebagai rumput kering. Penternak sering

mengawet keseluruhan pokok jagung dan lain-lain

tanaman, dan menggunakannya sebagai makanan

ternakan yang dikenali sebagai silaj . Bijian jagung,

betari atau barli boleh dikisar dan dicampurkan

dengan bahan lain untuk membuat satu lagi

makanan ternakan.

UMUM 
MALNUTRISI

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang

disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,

makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak

dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.

Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat

terlalu banyak makanan, tidak memperoleh

makanan yang cukup atau mendapat makanan yang

tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila,

disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh

menggunakan zat makanan walaupun zat makanan

itu terdapat dalam sesuatu makanan.

UMUM 
MEMASAK

Memasak ialah menyediakan makanan untuk

dimakan. Memasak menjadikan makanan kelihatan

lebih menyelerakan dan mudah dihadam.

Kebanyakan proses memasak melibatkan

pemanasan makanan. Namun, ada juga makanan

yang tidak perlu dimasak seperti sandwic dan salad.

Ramai orang suka memasak untuk mengisi masa

lapang.

UMUM 
RANTAIAN MAKANANUrutan pemindahan bahan dan tenaga daripada satu organisma kepada satu organisma lain dalam bentuk makanan. Gabungan rantaian makanan yang berlaku apabila organisma memakan lebih daripada satu jenis haiwan atau tumbuhan disebut sebagai siratan makanan (food web).GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
KELAPARAN

Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati

kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang

perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali

sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan

dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat,

lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan

air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk

mengatur proses tubuh dan untuk membina dan

menyenggara tisu tubuh.

UMUM 
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM 
OAT

Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang

menanam oat terutamanya sebagai makanan

haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan

makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok

oat diproses dan digunakan dalam makanan

seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin

sarapan yang sedia dimakan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas