Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
food allergyalergi makananalergi makanan/alahan makananalergi makanan/alahan makananPerubatan
fry feedpakan burayakmakanan benihmakanan fri, makanan benihPerikanan
cariogenic foodmakanan kariogenikmakanan kariogenikmakanan kariogenikPerubatan
infants foodmakanan bayimakanan anak damitmakanan bayiPenternakan
baby foodmakanan bayimakanan anak damitmakanan bayiPenternakan
synthetic foodmakanan sintesismakanan sintesismakanan sintesisKimia
chilled foodmakanan dinginmakanan sejukmakanan sejukPerikanan
food sacrificemakanan sesajianmakanan sesajianmakanan sesajianAntropologi
forbidden foodsmakanan pantangmakanan pantangmakanan pantangAntropologi
health foodmakanan sehatmakanan kesehatanmakanan kesehatanFarmasi
12345678910...

Kembali ke atas