Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sama ada secara kongenital atau akibat perdarahan. (BIO, UBAT) aflatoxin (aflatoksin) Toksin yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus flavus yang biasanya terdapat pada bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apa - bila bijirin yang tercemar dimakan, dan seterusnya mungkin boleh membawa maut. Toksin ini mungkin juga mengakibatkan ketoksikan atau kanser pada hati. (BIO, TEKMA, UBAT) aerometer aflatoxin Kamus Sains.indb kerana pengenyalan cecair ke- pada keadaan asal, iaitu sebagai kesan daripada lesapan tenaga mekanik oleh kelikatan. (FIZ, KIM) after taste (rasa kesan) Baki rasa yang masih tinggal dalam mulut selepas makanan ditelan. (TEK- MA) afterbirth (uri/tembuni) Plasenta dan membran fetus yang terkeluar dari uterus selepas kelahiran bayi pada haiwan vivipariti. (BIO) agammaglobulinemia (agamaglobulinemia) Kekurangan atau ketiadaan globulin gama dalam darah

Kembali ke atas