Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
garde mangerjurumasak makanan sejuk; bahagian makanan sejukPentadbiran PerniagaanTiada1. Jurumasak makanan sejuk: Jurumasak makanan yang dimakan sejuk. 2. Bahagian makanan sejuk: Bahagian yang menyediakan makanan yang dimakan sejuk seperti salad dan sos.
transfers to barpemindahan ke barPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan bahan makanan atau makanan yang dihantar dari dapur ke bar untuk penyediaan makanan atau dijual dan dikira sebagai kos minuman.
food industryperusahaan makanan/industri makananGeografiTiadaTiada
food planttumbuhan makanan; loji makananGeografiTiadaTiada
food industryperusahaan makanan/industri makananPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cost of food usedkos makanan digunaPentadbiran PerniagaanTiadaKos bahan penyediaan makanan sama ada untuk dijual, yang terbazir, makanan untuk pekerja dan makanan yang dihantar ke bar untuk jualan.
finishing kitchendapur penyempurnaanPentadbiran PerniagaanTiadaDapur yang hanya menjalankan proses penyempurnaan makanan seperti memanaskan semula makanan atau menghias makanan sebelum dihidang.
automatic vending serviceservis mesin automatikPentadbiran PerniagaanTiadaServis makanan yang makanan dan minumannya dikeluarkan oleh mesin seperti sandwic, coklat, gula-gula dan minuman sejuk dan panas.
convenience food service systemsistem penyediaan dan penyajian makanan mudahPentadbiran PerniagaanTiadaSistem yang menyediakan makanan daripada bahan makanan yang telah diproses terlebih dahulu dan sajian dibuat oleh pelanggan sendiri.
weaning foodmakanan cerai susu/makanan sapihanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas