Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[makh.luk] | مخلوق

Definisi : Ar segala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang, dll): manusia adalah ~ pilihan Tuhan; ~ halus makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[makh.luk] | مخلوق

Definisi : segala benda (spt manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan) yg dijadikan Tuhan. ~ halus makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buluh ditetak senjakala,
     Buat main pasak perahu;
Pasang pelita senjakala,
     Satu makhluk tidak tahu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi makhluk asing yang berupa seperti manusia. 1.sebagai contoh makhluk asing kree atau kripton, mereka memiliki rupa paras seakan manusia, adakah boleh digunakan penjodoh bilangan seorang? sebagai contoh, seorang lelaki kree/kripton telah masuk melalui pintu automatik. 2. Bagaimana pula dengan makhluk separa binatang, contohnya Son Goku, makhluk saiyan di dalam komik dragon ball, dia separa monyet, bolehkah digunakan penjodoh bilangan seorang pada makhluk saiyan itu?

Untuk makluman, perkataan makhluk asing  tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk makhluk asing. Penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah digunakan.

Tatabahasa16.03.2020
Mohon semakan terjemahan. There are accounts of an alien attacking ancient Egypt. Terdapat pemerian sejarah makhluk asing menyerang pada zaman Mesir kuno. Terima kasihCadangan kami, terdapat pengisahan tentang makhluk asing pernah menyerang manusia pada zaman Mesir kuno. Jika bukan manusia, mungkin objek lain yang diserang oleh makhluk asing - sila kaitkan dengan cerita sebelumnya.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2017
Salam, Maaf kerana masih mengganggu dengan terjemahan untuk racun makhluk perosak, saya sedang menterjemah nama-nama racun perosak untuk Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Ada lebih kurang 2000 racun perosak kimia dan mikro-organisma yang perlu diterjemah. Soalan saya kali ini ialah apakah terjemahan untuk : Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera. Sekian.Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera, gabungan nama kimia dan kata umum. Cadangan kami, frasa tersebut diterjemahkan kepada Basilus Turinginsis diasingkan untuk mengawal Plutela Kumpulan
Lepidoptera.
Penyemakan dan penterjemahan19.03.2015
apakah maksud racun makhluk parosak mengikut kamus dewan bahasa?jilid dan muka surat berapa?

Saudara Azwanie,

 Racun perosak ialah  racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1264 dan 1343.  

Makna16.01.2010
pest controlkawalan makhluk perosakEjaan09.06.2011
Apakh terjemahan sesuai untuk nama biasa racun makhluk perosak `tridemorph' ?Dalam bidang kimia tridecanol dan triamorph diterjemahkan kepada tridekanol dan triamorf, maka kami mencadangkan tridemorph diterjemahkan kepada tridemorf.Istilah23.03.2015
Contoh ayat: Tuhan (Pencipta) menghulurkan pertolongan/bantuan kepada umat-Nya (makhluk ciptaan-Nya). Tuhan memakbulkan doanya dengan membantu/menolongnya terlepas daripada pemenjaraan. apakah jawapan saudara dan sila huraikan jawapan saudara yang boleh membantu saya melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.Merujuk Kamus Dewan perkataan pertolongan sama maksudnya dengan bantuan dan begitu juga dengan membantu sama maksudnya dengan menolong. Oleh itu, tidak ada perbezaan maksud bagi kedua-dua pasangan kata tersebut.Makna11.01.2012
Salam. Apakah terjemahan yang disarankan bagi istilah bahasa Inggeris "golem"? Golem merupakan sesuatu makhluk mitos yang dihidupkan daripada bahan tidak hidup (lazimnya semula jadi, seperti tanah, logam, dsb.). Terima kasih.Hasil carian melalui Google, perkataan 'Golem' digunakan dalam kebudayaan Yahudi dan masih belum ada dalam data kami. Sekiranya ingin menggunakan perkataan ini dalam penulisan, boleh diitalikkan perkataan Golem tersebut. Makna22.11.2021
Soalan.Adakah ayat betul dari segi penggunaan kata sendi .kalau salah boleh tolong betulkan. 1.Kemalangan itu berlaku di waktu malam. 2.kayu ini mampu menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus. 3.Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri dari masalah seksual. penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. 1.Pokok Semunggal adalah sejenis pokok rendang yang lembutPenggunaan kata sendi nama dan kata pemeri yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Kemalangan itu berlaku pada waktu malam.
2. Kayu ini mampu menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus.
3. Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri daripada masalah seksual.
4. Pokok Semunggal ialah sejenis pokok rendang yang lembut
Tatabahasa30.04.2012
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat, yang manakah betul?Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat dan Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya.Tatabahasa08.08.2010
123

Kembali ke atas