Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan.Adakah ayat betul dari segi penggunaan kata sendi .kalau salah boleh tolong betulkan. 1.Kemalangan itu berlaku di waktu malam. 2.kayu ini mampu menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus. 3.Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri dari masalah seksual. penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. 1.Pokok Semunggal adalah sejenis pokok rendang yang lembutPenggunaan kata sendi nama dan kata pemeri yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Kemalangan itu berlakuĀ pada waktu malam.
2. Kayu ini mampu menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus.
3. Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri daripada masalah seksual.
4. Pokok Semunggal ialah sejenis pokok rendang yang lembut
Tatabahasa30.04.2012
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas