Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ki] | ماکي

Definisi : kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, orang, dll): mereka bersorak-sorak mencetuskan ~ dan marah terhadap majikan yg tidak berperikemanusiaan; ~ hamun = caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji; mencaci (mencuci) ~ mengucapkan kata-kata yg kasar dan keji (utk menghina, memarahi, dll); memaki, memaki-maki mengeluarkan kata yg keji-keji (kpd): ia marah lalu ~ isterinya; makian kata yg kasar dan keji (utk meng­hina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ki] | ماکي

Definisi : #NAME? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maki
Kata Terbitan : memaki, makian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Leptospermum flavescenscina makiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Cina maki tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Dalam habitat semula jadi, tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Rebusan daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkirkan toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi.
invectivecaci makiKesusasteraanTiadaKata-kata keji yang diucapkan kerana marah dan sebagainya.
invectivecaci makiKesusasteraanTiadaTiada
Leptospermum flavencesCina makiPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Di habitat semula jadi tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkir toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi.
gelam bukitgelam bukitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Leptospermum flavescens daripada famili Mytaceae. Nama tempatannya di Semananjung ialah cina maki. Gubal kayu gelam bukit berwarna coklat muda, dan berbeza daripada teras kayunya yang mempunyai jalur berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan sekata, dengan ira yang berpilin atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 995 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini hanya sesuai digunakan sebagai hanya sesuai digunakan sebagai hulu alat dan barang-barang kayu kecil, kerana saiz pokok gelam bukit kecil dan batangnya tidak lurus.
MetabolismMetabolismeKesenianSeni BinaGerakan seni bina yang diwujudkan pada kurun ke-20 di Jepun. Gerakan ini mengamalkan seni dan falsafah seni bina bandar yang lebih menjurus kepada seni bina berskala besar dengan berkonsepkan pertumbuhan biologi, pembaharuan yang berterusan dan pertumbuhan organik di bandar. Antara arkitek yang mempelopori idea ini ialah Kisho Kurokawa dan Fumihiko Maki dan Kengo Tange. Contoh bangunannya ialah Nagakin Capsule Tower dan Tange�s Yamanashi Press and Broadcaster Centre.

Kembali ke atas