Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kin] | ماکين

Definisi : 1. = semakin menjadi lebih, kian ber­tambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kin] | ماکين

Definisi : = semakin (terus) bertambah; kian: Perniagaannya ~ maju. Hatinya ~ panas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makin (kata tugas)
Bersinonim dengan semakin, kian, bertambah, menjadi lebih.,

Puisi
 

Kinabalu gunung mengawan,
     Makin direnung makin terharu;
Kalau rindu pandangkan bulan,
     Pesan kirim di angin lalu.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Ilmu padi,
     makin berisi makin runduk.

Bermaksud :

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Peribahasa lain yang sama makna: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antitradeantipasatMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin baratan yang bertiup di kawasan troposfera di atas lapisan angin pasat daerah subtropika. Angin antipasat terbentuk dengan baik di hemisfera bumi yang mengalami musim sejuk, dan juga di atas batas timur dari daerah tekanan tinggi subtropika. Makin ke barat makin tinggi dasarnya dan makin kurang teratur penampilannya.
progressive carieskaries progresifPerubatanTiadaKaries yang makin berkembang hari demi hari sehingga lebih banyak struktur gigi yang musnah dan akan berakhir dengan pendedahan pulpa.
diminishing marginal productivitydaya pengeluaran sut berkuranganEkonomiTiadaDaya pengeluaran sut yang makin berkurangan apabila bilangan input berubah terus ditambah kepada satu input tetap. Lihat juga daya pengeluaran sut dan hukum pulangan berkurangan.
state of sea scaleskala keadaan lautMeteorologiMeteorologi PerhubunganSkala berangka bagi purata ketinggian gelombang yang makin besar dengan peningkatan ketinggian gelombang.
altimeter settingpengesetan altimeterMeteorologiMeteorologi PerhubunganNilai tekanan atmosfera yang digunakan dalam pelarasan subskala altimeter tekanan sehingga dapat menunjukkan ketinggian pesawat udara di awas permukaan rujukan tertentu. Penetapan alti-meter di atas daratan diperoleh daripada pengurangan tekanan stesen berdasarkan atmosfera piawai ICAO. Meskipun demikian pembacaan langsung penunjuk penetapan altimeter makin banyak digunakan. Di atas lautan biasanya digunakan tekanan aras-laut piawai (29.92 inci raksa atau 1013.2 hPa) sebagai penetapan altimeter yang menghasilkan ketinggian tekanan (altitud).
shellpetalaFarmasiTiadaBahagian di keliling nukleus suatu atom yang mengandungi elektron dengan jarak, aras tenaga, dan nombor kuantum yang tertentu. Bahagian tersebut dinamakan dengan K,L, N, dan seterusnya atau 1,2,3,4, dan seterusnya. Petala K atau l berada paling dekat dengan nukleus, dengan nombor kuantum utama1, sementara bahagian yang lain dalam turutan makin berada lebih jauh daripada nukleus.
anthropomorphismantropomofismeKesusasteraanTiadaPemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti �manusia dan bentuk�. Lihat juga bertiari.

Kembali ke atas