Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
makin (kata tugas)
Bersinonim dengan semakin, kian, bertambah, menjadi lebih.,

Puisi
 

Limbai-limbai naik ke lampau,
     Anak raja datang bersembah;
Kalau sudah budi terlampau,
     Bukannya kurang makin bertambah.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bila bulan sudah mengambang, Orang selalu bermain galah; Apabila tuan sudah datang, Kasih sayangku makin bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari hampir sudah siang, Fajar di hulu sudah benderang; Aku duduk di Muha Lawang, Makin bertambah hatiku pusang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Limbai-limbai naik ke lampau, Anak raja datang bersembah; Kalau sudah budi terlampau, Bukannya kurang makin bertambah.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apa diharap padi di ladang, Entah berderai entah tidak; Entah dimakan layang-layang, Apa diharap kekasih orang, Entah bercerai entah tidak, Entah makin bertambah sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Perahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas