Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lu.man]/[ma/.lu.man] | معلومن

Definisi : apa-apa yg dimaklumkan, pem­beritahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lu.man]/[ma/.lu.man] | معلومن

Definisi : 1 apa-apa yg dimaklumi; pengetahuan. 2 apa-apa yg dimaklumkan; pernyataan: Menurut ~ polis, perompak bank itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat "Untuk makluman jua" sesuai digunakan dalam penulis surat rasmi kerajaan?Dalam penulisan surat rasmi, lazimnya frasa "Untuk makluman tuan" dan frasa "Untuk makluman tuan juga" yang digunakan.Tatabahasa19.02.2021
Salam sejahtera Saya ingin menyemak penggunaan perkataan 'untuk', 'buat' dan 'adalah' di permulaan ayat. contoh: Untuk makluman tuan, ....... Adalah dimaklumkan bahawa... Buat makluman tuan,....... terima kasihSalam sejahtera,

Frasa yang betul ialah: Untuk makluman tuan, ...

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.05.2019
Penanda wacana yang sesuai digunakan di dalam surat rasmi kerajaan. Adakah boleh menggunakan perkataan seperti "sebagai makluman kepada Tuan" dipermulaan perenggan/ ayat.Perkataan "Sebagai makluman kepada tuan" boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ayat yang lazim digunakan dalam surat rasmi ialah "Untuk makluman tuan".Tatabahasa15.03.2023
Untuk makluman , Kolej Komuniti Ampang mempunya program DIploma In Mobile Technology. Apakah nama program yang sesuai di dalam bahasa melayu yang boleh kami gunakan untuk permohonan mqa/mbotCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi Diploma In Mobile Technology ialah Diploma Teknologi Mudah Alih.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2023
Untuk makluman pihak YBrs. Tuan Rektor, telah menjadi kewajiban persatuan menganjurkan program bagi mengimarahkan Ramadan. Selain itu juga adalah sebagai salah satu medium meningkatkan pengisian iman secara santai kepada semua ahli persatuan khususnya malah turut melibatkan staf dan pelajar amnya. soalan: bolehkah perkataan persatuan menggunakan huruf besar?Perkataan persatuan perlulah menggunakan huruf kecil dalam ayat di atas kerana ia merupakan kata nama am.  Ejaan22.02.2023
i. Makluman yang diberi oleh saksi kepada panel-panel hakim adalah bercanggah. ii. Ibu selalu mengata-ngata nama abang belakangan ini kerana ibu sangat rindukan abang. iii. Pak Sudin mengangguk apabila dinyatakan prosedur penggunaan pencukur elektrik itu. iv.Sejenis spesis baru cendawan yang terbesar di dunia telah ditemui di Mexico baru-baru ini Apakah kesalahan istilah atau kesalahan imbuhan di atas ?i. Rujuk perkataan diberi. Perkataan yang betul ialah diberikan.
ii. Rujuk perkataan mengata-ngata. Perkataan yang betul ialah menyebut-nyebut.
iii. Rujuk perkataan dinyatakan. Perkataan yang betul ialah diterangkan.
iv. Rujuk perkataan baru. Perkataan yang betul ialah baharu.

Tatabahasa16.01.2021
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai.Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN)Lain-lain08.07.2019
Assalamaulaikum. Untuk makluman, bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan menganjurkan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota (Sukan Dwi Tahunan) LPP 2022 pada 11-14 Mac 2022 bertempat di USIM. Program ini tiada Majlis Pembukaan (Perasmian) tetapi akan diadakan Majlis Penutupan pada 13 Mac jam 4.30 petang oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Soalan Adakah penggunaan ayat Majlis Penutupan itu sesuai/boleh digunakan walhal tiada Majlis Pembukaan(perasmian) diadakan. Apakah tajuk sesuai untuk majlis tersebut? Terima kasih."Majlis Penutupan" boleh digunakan.Lain-lain05.03.2022
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my

 

 
Lain-lain03.12.2019
Salam, mohon bantuan terjemahan bahasa Melayu istilah 'routinization'. Untuk makluman saya akan gunakan perkataan ini dalam kajian di bidang IT. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah 'routinization' dalam bidang Teknologi Maklumat. Walau bagaimanapun, cadangan padanan istilah bahasa Melayu yang ada dalam data kami ialah perutinan dalam bidang pendidikan dan ekonomi.Istilah15.10.2019
12345678910...

Kembali ke atas