Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
komunikasi(communication)1. Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. 2. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.Kamus Komputer
garis kasar1. garis yg dilukis secara kasar; 2. rangka, catatan ringkas, maklumat-maklumat utama (yg dikemukakan tidak secara terperinci); menggariskasarkan menerangkan sesuatu dgn tidak terperinci: perniagaan kecil boleh digariskasarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berita1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar.Kamus Dewan Edisi Keempat
paparan1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
grafik1 maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll utk menyatakan atau menyampaikan sesuatu idea dsb. 2 lukisan, gambar dsb pd sesuatu halaman majalah, buku dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
grafik1. maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll (utk menyatakan atau menyampaikan idea dsb); 2. lukisan-lukisan (gambar-gambar dsb) pd susunan halaman majalah (buku dsb); 3. (yg) menggunakan atau terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll; ~ komputer kaedah penggunaan komputer utk mencipta, mengolah, memaparkan, mencetak, dll lukisan atau imej grafik.Kamus Dewan Edisi Keempat
sampah(garbage)1. Maklumat dalam simpanan ingatan yang tidak lagi bermakna atau dikehendaki. 2. Jawapan salah atau hasil yang tidak berguna daripada pengerjaan sesuatu atur cara. Sampah ini mungkin terhasil kerana kegagalan perkakasan atau kerana terdapat pepijat dalam atur cara. 3. Data yang tidak berguna, seperti nilai sementara yang tersimpan dalam ingatan utama, yang dihasilkan oleh atur cara ketika pemprosesan.Kamus Komputer
output terus(direct output)1. Maklumat atau data output yang diperoleh secara langsung daripada saluran penghantaran atau peranti output tanpa bantuan orang tengah atau peranti lain. 2. Data pemprosesan yang diambil terus daripada pemprosesan yang sedang berlangsung, bukan daripada simpanan pita atau cakera. Singkatan DO.Kamus Komputer
interaktif1 saling bertindak, berhubung dsb antara satu sama lain: Berbagai-bagai maklumat diberikan termasuklah maklumat ~. 2 membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: Program itu membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sari(extract)1. Mengeluarkan maklumat daripada himpunan data atau fakta. 2. Mengeluarkan butiran yang berkaitan daripada data maklumat berdasarkan kriteria tertentu.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas