1.apa definisi bengkel dan makmal? 2.apa beza antara bengkel kemahiran hidup dan makmal sains | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium. Bengkel pula ialah tempat membaiki kereta 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 05.08.2008 |
Salam tuan/puan, Bolehkah tuan/puan klasifikasikan setiap satu daripada contoh yang saya berikan sama ada betul ialah kata nama am tak hidup institusi atau tidak. - makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku Bolehkah tuan/puan nyatakan beberapa lagi contoh lain selain yang terdapat di dalam tatabahasa dewan? Terima kasih. Jasa baik tuan/puan amat saya hargai. | Kata nama am tak hidup institusi : makmal (cth: pihak makmal menyediakan kelengkapan untuk menjalankan uji kaji) - kompleks kraf - kompeks sukan - kompleks beli-belah - kompleks kebudayaan - stesen bas - stesen komuter - stesen teksi - bengkel - klinik - restoran (cth: Chef Arzuk menerima penghargaan daripada pihak restoran atas sumbangannya selama ini) - rumah orang tua - rumah anak yatim - kafe siber (cth: Pengunjung membuat aduan kepada pihak kafe siber tentang kerosakan komputer) - kilang roti - kilang buku | Tatabahasa | 08.09.2014 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang ayat ini. Mereka berjalan di kaki lima makmal Sains dengan berhati-hati. Adakah betul ejaan makmal Sains tersebut? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut data kami makmal sains dieja dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 30.07.2020 |
Salam sejahtera. 1. Apakah istilah yang lebih sesuai bagi makmal/bengkel kemahiran hidup. jika makmal tidak melibatkan kajia sains. Jika bengkel bukan pula tempat membaiki tambahan pula bukan tukang yang bekerja Ia hanya sebuah kelas tempat belajar yang dilengkapi dengan peralatan. Terima Kasih. | Makmal bermaksud tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains atau teknikal, manakala maksud bengkel antaranya termasuklah kilang kecil, iaitu tempat perkerja melakukan tugas yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau kerja-kerja fizikal. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bukan setakat kelas akademik biasa tetapi juga melibatkan kerja-kerja kemahiran. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah bengkel Kemahiran Hidup.
| Tatabahasa | 09.05.2011 |
Salam sejahtera, "WHO telah mengagihkan 1.5 juta ujian makmal di seluruh dunia" atau "WHO telah mengagihkan 1.5 juta ujian makmal ke seluruh dunia"? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "ke" juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. | Tatabahasa | 01.04.2020 |
As-Salam, Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya pihak kami ingin memohon nasihat berkenaan denan istilah perkataan berikut dalam Bahasa Melayu (BM):- Mobile Radiological Laboratory = Makmal Radiologikal Bergerak ATAU Mobile Radiological Laboratory = Makmal Radiologi Bergerak Atau Jika ada dalam istilah lain dalam BM yang lebih tepat bolehlah maklumkan kepada kami segera. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang betul ialah Makmal Radiologi Bergerak. | Istilah | 30.12.2013 |
Adakah ayat di bawah ini betul? Kerosakan pendingin hawa menyebabkan keadaan di dalam makmal komputer itu panas. | Kerosakan penyaman udara menyebabkan keadaan di dalam makmal komputer itu panas. | Tatabahasa | 24.06.2015 |
Salam, Apakah terjemahan lab coat/laboratory coat? Kot makmal tiada dalam kamus/tiada maklumat. Mohon nasihat Terima kasih | Padanan yang sesuai ialah Kot Makmal | Istilah | 13.07.2017 |
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik. | Istilah | 01.04.2010 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah 'Wet lab' dan pre-analytical'? kedua-dua istilah tersebut hendak digunakan untuk menamakan seksyen-seksyen kerja di dalam makmal perubatan (Wet lab section dan Pre-analytical section). | Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "wet lab" dan "pre-analytical". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah makmal basah dan praanalisis. Oleh itu, nama bahagian yang dicadangkan ialah Bahagian Makmal Basah dan Bahagian Praanalisis. | Istilah | 10.08.2012 |