workstation | stesen kerja | Pendidikan | Tiada | 1. Tempat dalam bengkel, makmal bahasa, makmal sains, dan pusat sumber untuk kegunaan pelajar membuat kerja. |
American Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board) | Lembaga Akreditasi Makmal/ Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika | Sains Forensik | Tiada | Lembaga yang menjalankan kajian semula bagi memastikan jaminan kualiti makmal forensik menepati piawaian yang telah ditetapkan. Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia telah diakreditasi kepada ASCLD-LAB sejak 2005. Singkatan ASCLD/LAB. |
American Society of Crime Laboratory Directors | Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika | Sains Forensik | Tiada | Badan induk bagi ASCLD/LAB. Lihat juga Lembaga Akreditasi Makmal/Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika. Singkatan ASCLD. |
bench scale | skala makmal | Bioteknologi | Tiada | Skala penyelidikan di peringkat makmal untuk merangsang proses industri. Data-data daripada penyelidikan skala makmal digunakan untuk peningkatan skala. |
ASCLD | ASCLD | Sains Forensik | Tiada | Singkatan bagi American Society of Crime Laboratory Directors, iaitu badan induk bagi ASCLD/LAB. Lihat Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika. Lihat juga Lembaga Akreditasi Makmal/Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika. |
Good Laboratory Practices (GLP) | Amalan Makmal Baik (GLP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan sistem kawalan kualiti dalam pengurusan makmal dan organisasi penyelidikan untuk memastikan data dan maklumat yang dijana adalah konsisten dan boleh dipercayai. Amalan Makmal Baik melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan, perekodan, pelaporan dan pengarkiban bagi sebarang kajian bukan klinikal yang menilai kualiti dan keselamatan bahan dan produk herba. GLP bertujuan untuk menentukan status dan menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan penggunaan bahan herba. Sinonim GLP. |
Good Laboratory Practice (GLP) | Amalan Makmal Piawai (GLP) | Perubatan | Tiada | Satu piawaian yang menitikberatkan proses organisasi dan keadaan berkaitan dengan kajian keselamatan persekitaran dan kajian kesihatan bukan klinikal. Piawaian ini melibatkan perancangan, perjalanan, pemantauan, perekodan, kerja mengarkib dan pelaporan kajian tersebut. Amalan makmal ini bertujuan untuk menghasilkan data ujian yang berwibawa dan menyarankan kaedah pentadbiran bagi memastikan pendekatan yang baik kepada pengelolaan dan perjalanan kajian makmal. Amalan makmal ini juga mempunyai prinsip asas yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan kajian yang bermutu, boleh dipercayai dan mempunyai integriti. |
ASCLD/LAB | ASCLD/LAB | Sains Forensik | Tiada | Singkatan bagi American Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board. Lihat Lembaga Akreditasi Makmal/Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika. |
spacelab | makmal angkasa | Aeroangkasa | Tiada | Makmal di angkasa yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan. |
isotopic laboratory | makmal isotop | Kejuruteraan | Tiada | Makmal yang disediakan untuk kerja-kerja menggunakan bahan radioaktif. |