Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.mum] | مأموم

Definisi : Ar 1. pengikut imam dlm sembah­yang: sembahyang jemaah itu ialah sem-bahyang yg mempunyai perhubungan antara ~ dgn imam; 2. bp menurut, mengikut: dia hendak ~ sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.mum] | مأموم

Definisi : orang yg mengikut imam ketika bersembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makmum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum & salam sejahtera, Penggunaan dari/daripada yang paling tepat bagi ayat-ayat di bawah dan MENGAPA? 1. Makmum tidak boleh berada lebih hadapan dari imam. 2. Jarak imam dengan makmum tidak lebih dari 150 meter. 3. Tidak menjadi halangan jika makmum jauh dari imam. Sekian, terima kasih.

Kata sendi “dari” dan “daripada” ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama “daripada” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. 

Cadangan jawapan:

1. Makmum tidak boleh berada lebih hadapan daripada imam.

2. Jarak imam dengan makmum tidak lebih daripada 150 meter.

3. Tidak menjadi halangan jika makmum jauh daripada imam.

Tatabahasa09.03.2022
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009
Assalamualaikum/ selamat sejahtera, Mohon bertanya cara penulisan subhanallah yang berada di tengah-tengah ayat. Adakah "s" ditulis menggunakan huruf besar dan dicondongkan (italic)? Contoh ayat: Makmum duduk menunggu imam dan menyebut subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir.Cadangan penggunaan perkataan Subhanallah dengan betul adalah seperti yang berikut:"Makmum duduk menunggu imam dan menyebut Subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir".Tatabahasa01.04.2020

Kembali ke atas