Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh berikan perbezaan aspek penggunaan "bak, umpama, laksana, macam, bagai, seperti" dalam bandingan semacam?Kata bak, umpama, laksana, macam, bagai dan seperti berada dalam medan semantik yang sama. Perbezaan antara kata tersebut sukar digarissempadankan kecuali dengan melihat laras penggunaan dan makna-makna bagi setiap kata. Misalnya kata umpama dan laksana lebih bersifat puitis jika dibandingkan dengan kata macam, dan makna bagi kata umpama mempunyai lima pecahan makna berbanding macam yang mempunyai tiga pecahan makna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dalam takrifan bagi setiap kata tersebut. Makna14.03.2024
makna perkataan - VIRTUAL STUDIOPadanan bahasa Melayu bagi istilah virtual studio ialah studio maya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah01.02.2023
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Sensora" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Maaf. Tiada kata dan makna/definisi yang terakam dalam kamus dan istilah (PRPM) bagi kata sensora.Makna10.01.2024
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Ruang" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), kata ruang mempunyai 16 pecahan makna dengan dua kata berhomonim. Salah satu daripada makna tersebut ialah bahagian lapang atau terbuka yang terdapat di dalam bilik, rumah, bangunan dan sebagainya atau di kawasan tertentu. Untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci, sila semak halaman 1901-1902 dalam kamus tersebut.Makna22.01.2024
Saya ingin mengajukan satu persoalan. Kenapa entri khalwat disempitkan penggunaannya kepada makna negatif (berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat terpencil sahaja) sedangkan entri ini juga membawa maksud positif. Adakah makna entri khalwat disempitkan kerana entri bertafakur telah digunakan untuk menggambarkan perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat?Bagi kata pinjaman, penyempitan dan peluasan makna adalah bergantung kepada penggunaan dan pemahaman masyarakat tersebut pada sesuatu masa. Takrifan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana bagi kata pinjaman ini (khalwat) menyatakan makna yang positif dan sebaliknya.

Mohon semak takrifan terkini dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1103) untuk mengetahui maknanya secara jelas dalam bahasa Melayu. 
Makna31.03.2023
Apakah perbezaan rindu, merindu, merindui, merindukan? Adakah ayat "saya merindu cuaca di Cameron Highland" betul?

Perkataan-perkataan yang dinyatakan boleh dibezakan melalui carian makna. Untuk mendapatkan makna perkataan rindu, merindu, merindui dan merindukan, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.

Ayat yang betul ialah “Saya merindui cuaca di Cameron Highlands”.

Tatabahasa02.12.2022
Apakah makna terjemahan untuk Head-People & Culture

Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi Head-People & Culture ialah “Ketua Masyarakat dan Budaya”.

Penyemakan dan penterjemahan30.08.2023
Apakah makna terjemahan untuk Head-Talent Management.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Head Talent Management ialah Ketua Pengurusan Bakat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.07.2023
Apa makna kependekan 'fml' di prpm? Ada senarai kependekan lain yang boleh saya dapatkan dalam talian?Kependekan “fml” bermaksud formal (ly). Senarai kependekan yang khusus tidak terdapat dalam talian kami, walau bagaimanapun, senarai tersebut terdapat dalam beberapa buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, antaranya Kamus Dewan Perdana dan Kamus Inggeris Melayu Dewan.  Lain-lain05.08.2022
Apakah perbezaan makna dan penggunaan bagi perkataan pemboleh ubah dan angkubah?
“Pemboleh ubah” ialah “sesuatu faktor  seperti unsur, ciri, angka dan sebagainya yang tidak tetap  iaitu perlu diambil kira dalam sesuatu atau perhitungan”, manakala “angkubah” pula ialah "sesuatu seperti faktor, kuantiti, perkara dan sebagainya yang berubah-ubah keadaannya". Kedua-dua perkataan tidak banyak perbezaannya. 
Tatabahasa04.02.2022
12345678910...

Kembali ke atas