Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Makna baharu perubahan pendidikanInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2011978-983-068-608-0
Makna agama dalam masyarakat Jawa Tiada2002979-567-021-2
Makna dalam Bahasa MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002 
Makna persahabatanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-6545-7
Makna baharu perubahan pendidikanInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2011978-983-068-608-0
Makna sosio-historis batu nisan VOC di BataviaWedatama Widya SastraTiada2008978-979-8184-91-8
Makna merdeka Malaysiaku gemilang Tiada20109780967-5190-46-9 (set)
Makna persahabatanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999983-62-6545-7
Makna cintaAlaf 21 Sdn BhdTiada2009978-983-124-449-4
Makna akalIntisari Sekutu (M)Tiada[2000][t.m.]
12345678

Kembali ke atas