Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.na]/[ma/.na] | معنا

Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
hidup di dalam lubang dan di celah-celah yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. (BIO) annotate (catat) Tindakan memasukkan penerangan atau ulasan ke dalam bahagian atur cara yang dapat menjelaskan makna atau tujuan bahagian atur cara tersebut. (KOM) annuli fibrosi (anuli fibrosi) Tisu penghubung pada rangka tengah jantung yang menjadi tempat otot dan injap jantung melekat. Tisu ini mengelilingi foramina atrioventrikel dihadapi. (KOM) deck bridge (jambatan geladak) Jambatan yang lantainya terletak lebih tinggi daripada struktur utama. (KEJ) decode (nyahkod) 1. Tindakan menukarkan data yang terkod kepada bentuk asalnya. 2. Tindakan menentukan makna yang terkandung dalam mesej yang terkod. (KOM) decompression (dekompresi) Pengurangan tekanan pada sesuatu struktur secara beransur-ansur, seperti yang dilakukan terhadap penyelam laut dalam untuk mengelak terjadinya penyakit dekompresi. Penyakit

Kembali ke atas