Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Peribahasa

Seperti api makan (= dalam) sekam.

Bermaksud :

Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Boleh bantu saya berikan padanan istilah dalam bahasa Melayu untuk frasa :closeted homosexual". Adakah sesuai untuk diterjemahkan kepada "homoseksual secara tersembunyi"?Ya, tuan boleh memberi padanan closeted homosexual kepada homoseksual secara tersembunyi dalam bahasa Melayu.Makna07.10.2021
tiada carian makna bagi perkataan 'allegorical', boleh tuan/puan menerbitkan makna perkataan tersebutUntuk makluman, tidak terdapat huraian untuk istilah "allegorical" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat huraian untuk istilah "allegory" dalam bidang Kesusasteraan seperti yang berikut:

1. Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri.

2. Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu.
Istilah31.08.2016
makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera.

tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat:

 tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu):

Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat.  

Lain-lain21.10.2009
Boleh atau tidak frasa kerja tidak mempunyai subjek yang tersembunyi seperti ayat , "Azizah,ceraikan kau." Yang mana, kata ganti diri pertama disembunyikan daripada disebut oleh pelafaz. adakah boleh diterima penggunaan bahasa tersebut. Pada sekilas pandang seolah-olahnya Azizah telah menceraikan kau, sedangkan pelafaz bermaksud untuk menceraikan Azizah ."Azizah, ceraikan kau." Ayat ini tidak sempurna, pengguguran kata menjejaskan struktur dan makna ayat. Walau bagaimanapun, aspek lain, seperti hukum agama (jika berkaitan) perlulah dirujuk kepada pihak yang berwenang. Tatabahasa01.12.2023
SLM, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG PERBEZAAN ANTARA KINAYAH DAN KONOTASI DALAM BALAGHAH, TIME KASIH.Kinayah bermaksud contoh yang tersembunyi pengertian atau maksudnya, yang dapat difahami tanpa keterangan lain. Untuk mendapatkan maklumat perinci termasuklah perbezaan antara kinayah dengan aspek lain dalam bahasa Arab, sila rujuk buku yang berkaitan.Makna24.07.2010
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimutGunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat.Makna09.05.2008
Makna kata bahasa Melayu berikut: 1. Jeda 2. Moda 3. Koda 4. Langam bahasa Sekian. Terima kasihjeda: waktu rehat; masa antara dua peristiwa atau tindakan;  mod(bukan moda): salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem;  kod(bukan koda): tulisan dengan tanda lain-lain yang mempunyai erti nyang tertentu atau yang tersembunyi(rahsia); sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputerlanggam:  cara, kaedah, laku,adat kebiasaan.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.       Makna23.03.2008
Apa maksud perkataan 'pamrih' dalam ayat di bawah. Dalam cinta tidak ada pamrih melainkan ketulusan.

Saudara,

Perkataan 'pamrih' (bahasa Indonesia) bermaksud maksud yang tersembunyi dalam memenuhi keinginan untuk memperoleh keuntungan peribadi. Sila rujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia.

Makna20.12.2009
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan?

Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut:

  • laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya.
  • anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.
  • seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar.
  • seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
  • kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
  • ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang.
  • bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
Lain-lain13.04.2008
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012

Kembali ke atas