Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mak.si.mum] | مکسيموم

Definisi : jumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggi-tingginya: dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyak-lah barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat; memaksimumkan menjadikan sebanyak­banyaknya (setinggi-tingginya): ~ penge-luaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan ekonomi; pemaksimuman perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan sesuatu: matlamat penge-luaran eksport akan digerakkan dgn meng-ambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan semestinya ~ pendapatan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mak.si.mum] | مکسيموم

Definisi : , maksimal IB sebanyak-banyaknya, setinggi­ tingginya: tulisan ilmiah yg sangat teknikal, yg objektivitas dan abstraksi mencapai titik ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mak.si.mum] | مکسيموم

Definisi : (yg) paling banyak atau paling tinggi jumlahnya dll: Gaji ~nya seribu lima ratus ringgit sebulan. memaksimumkan menjadikan maksimum: Usaha utk ~ keluaran telah dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata pemeri "adalah" dan "ialah" bagi perkataan-perkataan yang berikut. 1. ... ialah maksimum ATAU ... adalah maksimum? 2. ... ialah minimum ATAU ... adalah minimum? 3. ... ialah positif ATAU ... adalah positif? 4. ... ialah negatif ATAU ... adalah negatif? Selain itu saya juga ingin bertanya tentang penggunaan kata hubung "yang" sama ada perlu ada atau boleh sahaja jika ditiadakan? Contoh: ... berdasarkan pernyataan yang berikut ATAU ... berdasarkan pernyataan berikut? Terima kasih. Salmah Ibrahim1. ... ialah maksimum ... 
2. ... ialah minimum ...
3. ... ialah positif ...
4. ... ialah negatif ...
5. Tidak perlu kata hubung 'yang', berdasarkan pernyataan berikut ...
Tatabahasa01.02.2012
saya ingin membuat Pengesahan penggunaan bahasa iklan iaitu " Hidangan Supreme untuk Kepuasan Maksimum" untuk diiklankan kepada umum.Kami cadangkan: Hidangan Utama untuk Kepuasan Maksimum atau Hidangan Istimewa untuk Kepuasan Maksimum.Lain-lain30.04.2012
Boleh saya tahu berapakah bilangan maksimum suku kata dalam perkataan? Contohnya, 'pengembaraan' ada 5 suku kata. Adakah perkataan dalam BM mempunyai lebih daripada 5 suku kata? Jika ya, apakah bilangan maksimum jumlah suku kata?Untuk makluman, bilangan suku kata bergantung kepada perkataan itu sendiri. Tidak ada had maksimum, mahupun minimum. Contoh suku kata yang lebih daripada 5 ialah telekomunikasi (7 suku kata).Tatabahasa19.12.2015
Salam sejahtera, Manakah susunan ayat yang betul bagi terjemahan "Maximum Number of Subscribers"? a) Bilangan maksimum pelanggan b) Bilangan pelanggan maksimum Mohon bantuan tuan/puan dalam mengatasi kekeliruan ini. Terima kasih banyak.Salam sejahtera,

Susunan terjemahan yang lebih sesuai bagi ayat tersebut ialah bilangan/jumlah pelanggan maksimum
Penyemakan dan penterjemahan26.06.2015
Yang manakah ejaannya adalah betul? "Maksima" atau "Maksimum"? "Minima" atau "Minimum"?Ejaan yang betul ialah maksimum dan minimum.Ejaan19.07.2016
Apakah tepat terjemahan saya bagi tajuk ini: KEPENTINGAN YANG MAKSIMUM bagi (OF MAXIMUM IMPORTANCE) atau tuan mempunyai cadangan lain yang sesuai. 2. Tepatkah terjemahan ini: ADALAH KEPENTINGAN YANG MAKSIMUM ANDA TETAP SEDAR YANG SEMUA DALAM HIDUP INI ADALAH SEBUAH CERMIN' bagi Of maximum importance is that you keep aware that all of life is a mirror. [Saya memohon kerjasama tuan untuk lakukan pembetulan atau ada cadangan terjemahan lain yang lebih tepat].Mohon pihak tuan menerangkan konsep "mirror" dalam frasa tersebut. Kami tidak memahami idea yang hendak disampaikan. Terjemahan secara literal menyebabkan struktur ayat tidak tepat dan tidak bermakna.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2014
Padanan Perkataan1. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM. 2. Dafatar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mengakses portal PDRM secara maksimum. 3. Daftar sebagai pengguna 1Malaysia ID untuk mendapat akses maksimum. pihak tuan boleh memilih salah satu yang difikirkan paling sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin disampaikan. sekiranya tidak sesuai, tuan boleh menghubungi saya untuk perbincangan lanjut.Tatabahasa27.08.2014
kenapa banyak perkataan bahasa inggeris di gunakan dalam bahasa malaysia. contohnya torclait, sigaret, esei, maksimum dan sebagainya. kenapa tiada istilah yang sewajarnya digantikan sebagai istilah rasmi bahasa malaysia ?Perkataan torclait dan sigaret merupakan bentuk tak rasmi atau bahasa percakapan. Walau bagaimanapun kata esei, maksimum telah diterima sebagai bentuk variasi dalam usaha memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.Lain-lain08.09.2007
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah terjemahan untuk "What is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah "Berapakah jumlah kerugian maksimum yang anda sanggup bertoleransi sebelum menjual pelaburan anda?" Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "what is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah berapakah jumlah kerugian maksimum yang sanggup anda terima sebelum menjual pelaburan?Penyemakan dan penterjemahan03.10.2021
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih...Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:
i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai)
ii. Ter- + kata adjektif (terpandai)
iii. Paling + kata adjektif (paling pandai)
iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik)
v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali)
Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260.
Tatabahasa06.03.2012
123

Kembali ke atas