Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mak.si.mum] | مکسيموم

Definisi : jumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggi-tingginya: dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyak-lah barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat; memaksimumkan menjadikan sebanyak­banyaknya (setinggi-tingginya): ~ penge-luaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan ekonomi; pemaksimuman perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan sesuatu: matlamat penge-luaran eksport akan digerakkan dgn meng-ambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan semestinya ~ pendapatan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mak.si.mum] | مکسيموم

Definisi : , maksimal IB sebanyak-banyaknya, setinggi­ tingginya: tulisan ilmiah yg sangat teknikal, yg objektivitas dan abstraksi mencapai titik ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mak.si.mum] | مکسيموم

Definisi : (yg) paling banyak atau paling tinggi jumlahnya dll: Gaji ~nya seribu lima ratus ringgit sebulan. memaksimumkan menjadikan maksimum: Usaha utk ~ keluaran telah dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FAKTOR KESERENTAKANNisbah kadar penggunaan gas maksimum terhadap kadar beban maksimum yang telah ditetapkan secara teori.KEJURUTERAANKonsep
PASAR GELAP

Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran

barangan atau mata wang yang mencabuli had

maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan

yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang

membeli atau menjual barangan catuan atau mata

wang terkawal melalui saluran yang menyalahi

undang-undang atau lebih daripada had

maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga

dalam pasaran gelap.

UMUM 
ANALISISKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
ANALISIS JEPITKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
ALIRAN PROSESKaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum.KEJURUTERAANKonsep
TEKSI

Teksi ialah kereta untuk disewa. Ia merupakan

sebahagian daripada sistem pengangkutan yang

penting di kota atau bandar moden. Undang-undang

tempatan biasanya menetapkan kadar yang

maksimum untuk teksi. Hampir kesemua teksi

menggunakan meter yang menunjukkan tambang

bagi jarak yang dilaluinya. Alat ini dicipta oleh

Wilhelm Bruhn pada tahun 1891. Sesetengah bandar

mempunyai tambang teksi mengikut zon. Teksi

boleh mengenakan tambang tambahan apabila

melalui sebuah zon ke zon yang lain.

Lihat juga Beca; Lanca.

UMUM 
RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,

yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di

sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj

faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar

maksimum yang sah di sisi undang-undang.

Orang perseorangan atau institusi yang

mengenakan kadar yang lebih daripada yang

dibenarkan di sisi undang-undang dikenali

sebagai pemakan riba .

UMUM 
UDARA LEBIHANUdara tambahan yang diperlukan dalam sesuatu proses pembakaran. Udara lebihan dikenali juga sebagai udara lebihan pembakaran atau udara tambahan pembakaran. Ia diperlukan bagi memastikan pembakaran sesuatu bahan api itu dapat berlaku dengan lengkap. Dengan adanya udara lebihan, jumlah haba yang maksimum diperoleh daripada sesuatu pembakaran bahan api....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
MUSKELLUNGE

Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam

famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter

dan beratnya lebih kurang 45 kilogram.

Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge

panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan

beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka

hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25

tahun.

UMUM 
KETERLARUTAN

Keterlarutan ialah kuantiti maksimum zat terlarut yang larut dalam isi padu tertentu pelarut pada suhu tertentu.

KIMIAProses/Tindak Balas
12

Kembali ke atas