Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (per­buatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Maksud membentuk negaraPendidikan UmumTiada1951 
Berlawan maksud kata antonim Tiada2012978-967-0129-54-9
Sama maksud kata sinonim Tiada2012978-967-0129-55-6
Al-Quranu L-Karim : terjemahan dan huraian maksud ; jilid 2 (Juz 7 - Juz 12)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-62-2903-5
Al-Quranu l-Karim : terjemahan dan huraian maksud ; jilid 3Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999983-62-3643-0
Al-quranu L-Karim : terjemahan dan huraian maksud : jilid 2Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2904-3
Al-Quranu L-Karim : terjemahan dan huraian maksud jilid 5Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994983-62-4077-2
Al-Quranu L-Karim : terjemahan dan huraian maksud ; jilid 1 (Juz 1 - Juz 6)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2521-8
Al-Quranu L-Karim : terjemahan dan huraian maksud jilid 4Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-62-4076-4
Al-Quranu l-Karim : terjemahan dan huraian maksud ; jilid 3Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3643-0
12

Kembali ke atas