Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : malah I = malahan 1. bahkan, kian (berĀ­tambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
malah
Kata Terbitan : malahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara namun begitu dengan namun? bolehkah kedua-duanya di letakkan di hadapan ayat? bolehkah kata malah digunakan di hadapan ayat sebagai penanda wacana? kalau kata malah diletakkan pada tengah-tengah ayat, perluke letak koma sebelum kata malah? cth: Saya tidak pernah menghinanya, malah saya memujinya.

Kata namun dan namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan dan maknanya sama sahaja, oleh itu memadai dengan penggunaan namun. Tanda koma perlu diletak sebelum kata malah (apabila berada di pertengahan ayat).

Tatabahasa09.08.2010
Adakah frasa "malah lebih-lebih lagi" merupakan penggunaan perkataan lewah dalam ayat?Frasa malah lebih-lebih lagi menjadi lewan, penggunaan salah satu sama ada malah atau lebih-lebih lagi telah memadai.Tatabahasa31.10.2012
Dia bukan sahaja rajin bahkan juga/malah/malahan pemurah. Ayat di atas betulkah? kata bukan sahaja... patut dipadankan dengan kata malah/malahan/bahkan juga ? yang mana satu padanannya? patutkah tanda koma diletakkan selepas kata rajin? tolong berikan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan 'bukan sahaja... tetapi juga'. terima kasih.Lazimnya frasa "bukan sahaja" boleh diikuti oleh perkataan malah, malahan dan bahkan dalam ayat tersebut kerana ketiga-tiga perkataan membawa makna yang sama. Tidak perlu tanda koma selepas perkataan rajin dalam ayat tersebut.
Tatabahasa12.06.2012
kalau kata malah/malahan digunakan pada tengah ayat, perlu tak letak tanda koma? cth ; saya bukan sahaja tak pernah mencacinya malah saya memujinya.Perlu diletakkan koma. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya dewan Edisi Ketiga di bawah tajuk Tanda Baca.Tatabahasa14.03.2010
Ayat yang mana satu betul: Malah, dia telah membuat senarai perkara-perkara yang dia perlu / perlu dia lakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol.Ayat yang betul ialah "Malah, dia telah menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol".Tatabahasa24.04.2022
asslm. saya hanya ingin bertanya tentang ayat saya yang menggunakan perkataan bukan sahaja dan malah. contohnya, "mereka bukan sahaja boleh bergurau malah boleh berpelukan." betulkah ayat ini? atau dimanakah silapnya? minta bantuan. TK.Penggunaan kedua-dua kata/frasa tersebut adalah betul.Tatabahasa08.06.2011
Bolehkah frasa Tambahan lagi/Malah/Malahan digunakan sebagai penanda wacana dalam karangan? atau lebih sesuai digunakan pada bahagian tengah-tengah ayat? tq

Saudara Yew,

Penggunaan frasa tambahan lagi, malah atau malahan merupakan penanda penghubung, iaitu penghubung tambahan yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Oleh itu, ia boleh digunakan bergantung pada struktur ayat yang dibina. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.

Tatabahasa09.02.2010
1.kenapakah penggunaan justeru, manakala,malahan,malah serta namun di awal ayat dianggap salah? 2.Hal ini kerana atau hal ini demikian kerana?mengapa? 3.Penggunaan kata 'walaupun' diikuti 'tetapi' di dalam ayat dibolehkan?TQVM

1. Kata hubung justeru, manakala, malahan, malah berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih. Oleh itu, kata hubung ini perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.

2. Frasa yang betul ialah "hal ini demikian kerana". "Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Ini bermakna klausa yang hadir sebelum "kerana" ialah klausa utama yang lengkap subjek dan predikatnya seperti "hal ini demikian" sedangkan frasa "hal ini" bukan klausa.

3. 'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan.  Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas.

Tatabahasa26.05.2011
Mohon tanya ayat ini betul atau salah? Malah dilaporkan 30% peratus peduduk PPRT sekarang ini terpaksa hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang akibat sektor ekonomi tempat mereka bekerja ditutup atau dihadkan operasinya.
Ayat yang gramatis ialah Malah dilaporkan 30% peratus penduduk PPRT pada saat ini terpaksa hidup melarat kerana  tempat mereka bekerja ditutup atau dihadkan operasinya.

Tatabahasa09.07.2021
Ingin bertanya tentang jawapan yang sesuai mengikut konteks ayat seperti berikut Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja______mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. A. menjolok B. mencolok C. mencucuk b) Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan perkataan tersebut?Pakaian yang ketat dan jarang bukan sahaja mencolok mata malah bertentangan dengan nilai ketimuran. Untuk melihat perbezaan penggunaan setiap perkataan yang diberi sila rujuk kamus dan memilih makna yang paling sesuai dengan ayat tersebut.Tatabahasa01.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas