Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : malah I = malahan 1. bahkan, kian (berĀ­tambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
malah
Kata Terbitan : malahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radio stormribut radioMatematikTiadaGangguan pancaran yang berpanjangan, yakni berjam-jam malah ada yang sampai berhari-hari lamanya.
reactive currentarus bereganganTeknikElektrikarus elektrik yang tidak memberi sebarang faedah, malah menambahkan sudut fasa litar, yang mengekori atau mendahului voltan arus ulang-alik. arus ini wujud apabila sesuatu arus mengalir dalam beban pemuat atau aruhan.
hypercorrectlampau teliti/hiperkorekKesusasteraanTiadaKeinginan untuk mencari kebenaran sesebuah karya dan akhirnya malah merosakkan karya tersebut.
depersonalizationdepersonalisasiPsikologiPsikologi UmumKeadaan mental yang menyebabkan individu tidak merasakan kewujudan dirinya malah merasakan dirinya seperti telah mati. Contohnya, individu menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada alat mesin yang tidak mempunyai perasaan.
active attackserangan aktifTeknologi MaklumatTiadaJenis serangan yang bukan sahaja melihat data atau maklumat sulit malah mengubah suai maklumat tersebut.
current acocuntakaun semasaEkonomiTiadaAkaun simpanan pelanggan dalam bank perdagangan yang tidak memperoleh pulangan faedah, malah dikenakan caj sekiranya tidak menyimpan suatu jumlah purata minimum yang ditentukan. Penyimpan akaun semasa boleh mengeluarkan wang simpanannya dengan mengemukakan cek yang dikeluarkan atas namanya.
new stars/novabintang baru/novaMatematikTiadaBintang berubah yang kecerahannya meningkat dan memuncak dengan mendadak hingga mencapai beratus ribu malah berjuta kali ganda kecerahan asalnya. Puncak kecerahan bintang itu tidak kekal kerana ia akan kembali kepada kecerahan asalnya secara beransur-ansur dalam tempoh masa dari satu hingga tiga puluh tahun.
identical rhymerima kembarKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk bukan sahaja daripada bunyi diftong dan bunyIg.abungan dua huruf vokalnya sama, malah juga bunyi konsonan yang mengikutnya sama. Walau bagaimanapun bunyi konsonan awalnya berbeza. Contohnya, dapat dilihat pada pantun empat kerat ini iaitu pada perkataan pauh dan sauh. Kelemunting di Tanjung Pauh, Kapa) sarat dimuat jerami; Ada untung digantung sauh, Kalau tidak laratlah kami.
inflationary universealam semesta menggelembungMatematikTiadaFasa yang berkemungkinan berlaku semasa alam semesta ini amat muda apabila saiznya bertambah berjuta kali ganda, malah mungkin1050 kali ganda dalam tempoh yang amat pendek.
articulationartikulasiSains PolitikPolitik PerbandinganProses melahirkan idea, pendapat, cadangan dan sebagainya dalam sebuah masyarakat. Dalam sistem demokrasi, penyuaraan ini tidak disekat malah digalakkan untuk menjelaskan sesuatu ideologi, fahaman dan budaya. Daripada penyuaraan, inilah akan lahir tuntutan, kepentingan kelas tertentu dan penonjolan sesuatu aliran pemikiran yang dilaksanakan untuk mendapatkan perhatian kerajaan. Artikulasi pada mulanya merupakan tindakan kelas atasan yang menguasai faktor pengeluaran untuk mendominasi kelas bawahan bukan sahaja melalui kawalan undang-undang, tetapi juga kawalan nilai dan prinsip-prinsip kehidupan yang diamalkan oleh kelas tersebut. Melalui proses ini, kelas atasan dapat menguasai kelas bawahan secara fizikal dan intelektual. Konsep ini mula dikembangkan oleh Antonio Gramsei (1891-1937) dalam kajian beliau berhubung dengan proses artikulasi pemikiran kapitalis. Sinonim penyuaraan.
1234567

Kembali ke atas