Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lai.kat] | ملائکة

Definisi : Ar sj makhluk yg diciptakan Allah drpd nur (cahaya), sifat dan tabiatnya sentiasa tunduk dan patuh kpd Allah dan tidak pernah melanggar perintah-Nya; kemalaikatan berkaitan dgn malaikat, yg menunjukkan sifat-sifat (dsb) malaikat: ma-nusia mempunyai tiga unsur utama – ~, kehaiwanan, dan kesyaitanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lai.kat] | ملائکة

Definisi : makhluk halus yg dijadikan Allah utk menjalankan suruhan-Nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malaikat

Puisi
 

Hari ini hari Arbaª,
     Besok hari Khamis;
Segala ingat segala qadaª,
     Malaikat Katibin sedia menulis.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-NAZI‘AT

Surah al-Nazi‘at ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-79 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 46 ayat. Surah

ini dinamakan al-Nazi‘at (malaikat-malaikat yang

mencabut) kerana lafaz sumpah yang

menggunakan kalimah tersebut terletak pada

permulaan surah.

UMUM 
MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada

cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan

tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah

SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya

dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah

kepada mereka. Beriman kepada para malaikat

merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman

seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM 
ANGELUS

Angelus ialah sembahyang Roman Katolik.

Angelus ialah perkataan Latin bagi malaikat . Ia

merupakan perkataan pertama sembahyang Latin

dan merujuk kepada malaikat yang menurut Kitab

Perjanjian Baru, memberitahu Mary bahawa dia

akan menjadi ibu kepada Jesus Christ.

UMUM 
RUKUN IMANrukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya.AGAMAKonsep
ANNUNCIATION

Annunciation, mengikut Luke (1:26–38) ialah

pengumuman yang dibuat oleh malaikat Gabriel

kepada Mary. Gabriel memberi tahu bahawa Mary

adalah ibu yang akan melahirkan Jesus, yang akan

dikenali sebagai “the Christ”.

UMUM 
JIBRAIL

Jibrail, ketua kepada seluruh malaikat. Jibrail ataupun jibril dalam bahasa Arab merupakan salah satu daripada empat malaikat yang menjunjung Arasy Allah SWT.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
SYURGA

Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat,

yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang

beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab

suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa

melakukan kebaikan.

UMUM 
AL-QUR’AN AL-KARIM

Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang

diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad

SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan

Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf,

diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan

membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai

dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah

an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal.

UMUM 
ANNE, SAINT

Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai

isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah

mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam

buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab

Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang

malaikat muncul di hadapannya dan

mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di

seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak

makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah

makam yang paling terkenal ialah makam yang

terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu

makam Ste.-Anne-de-Beaupre.

UMUM 
NABI ISHAQ A.S.

Nabi Ishaq a.s. Nama baginda ialah Ishaq ibn

Ibrahim a.s. Ibu baginda bernama Sarah. Nabi Ishaq

a.s. adalah anak kedua Nabi Ibrahim a.s. Berita

gembira tentang kelahirannya dibawa oleh malaikat.

Allah SWT berfirman mengenai Nabi Ibrahim a.s.

yang bermaksud: “Maka apabila dia berhijrah

meninggalkan mereka dan apa yang mereka

sembah selain daripada Allah SWT, Kami kurniakan

kepadanya, Ishaq (anaknya) dan Ya’kub (cucunya)

dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi”.

                                                   (Surah Maryam 19:49)

UMUM 
12

Kembali ke atas