Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malam-malam

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih.

Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin.  Seperti ungkapan  'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut.

Makna30.03.2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengajukan persoalan berhubung penggunaan perkataan "Malam". Sebagai contoh: Malam Rabu atau Rabu malam - Yang manakah penggunaan lebih tepat bagi aspek bahasa penulisan dan pertuturan? Mohon pencerahan. Terima kasih. emel: shafiq@jsm.gov.mySoalan: "Malam Rabu" atau "Rabu malam"
Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan "malam Rabu" dan "Rabu malam" boleh digunakan dalam penulisan dan pertuturan bahasa Melayu. Yang membezakan kedua-dua perkataan tersebut adalah maknanya. "Malam Rabu" bermaksud "siangnya hari Selasa, malamnya Rabu" (seperti ungkapan "malam Jumaat" bermaksud "pada malam hari Khamis"). Manakala "Rabu malam" pula bermaksud penutur ingin menegaskan "malam" pada hari tersebut. Terima kasih.
Istilah04.06.2014
Yang manakah ucapan selamat yang betul terutama untuk diucapkan dalam majlis yang berlangsung pada waktu malam, selamat malam atau selamat petang? Terima kasih.

Majlis pada waktu malam diucapkan selamat malam, iaitu antara pukul 7.00 hingga 11.59 malam, manakala majlis pada watu petang, antara pukul 2.00 hingga 6.59 petang, diucapkan selamat petang.

Tatabahasa07.03.2009
Bolehkah tuan/puan perincikan maksud "malam semalam" berserta contoh yang jelas? Misalnya, bilakah masanya yang merujuk kepada malam semalam sekiranya hari ini adalah hari Isnin? Ini kerana kata ini banyak digunakan oleh media massa dan saya memerlukan pencerahan DBP sebagai pakar.Semalam sebagai kata nama boleh merujuk kepada malam tadi sebelum tibanya waktu siang (Kamus Dewan Perdana hlmn. 1397). Sekiranya hari ini ialah hari Isnin, semalam ialah malam pada hari Ahad (7.00 malam - 12.00 tengah malam), manakala malam semalam ialah malam pada hari Sabtu (7.00 malam - 12.00 tengah malam). Oleh itu, malam semalam boleh digunakan dalam ayat seperti contoh yang berikut:

Durian yang Pak Lah pungut di dusun malam semalam masih ada lagi. 
Makna29.08.2023
penggunaan perkataan 'malam' adalah selepas pukul berapa ?

Pemenggalan masa untuk waktu malam bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan saudara.

1.00 a.m. hingga  11.59 a.m. (pagi)

12.00 a.m. hingga 1.59 p.m.  (tengah hari)

2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang)

7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam)

12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) 

Tatabahasa19.03.2009
Selamat malam atau selamat petang? yang mana satu betul sedangkan waktu itu malam contohnya pukul 8 malamPenamaan tempoh masa yang diputuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah waktu petang antara pukul 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. manakala waktu malam antara pukul 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. Sementara tengah malam antara pukul 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. Ucapan yang sesuai ialah Selamat malam.Lain-lain30.11.2006
Salam sejahtera. Saya ingin minta pencerahan tentang 3 perkara berikut: 1. Penggunaan istilah 'petang' & 'malam': Untuk kata alu-aluan (ucapan pada pukul 7.30 malam), yang malam satu lebih tepat: a. Selamat 'petang' dan salam sejahtera... terlebih dahulu.. b. Selamat 'malam' dan salam .................. 2.Adakah tanggapan saya ini betul? a. 'baru' untuk 'just' dalam bahasa Inggeris b. 'baharu' untuk 'new' dalam bahasa Inggeris 3. Yang mana di bawah ini betul? a. berkait dengan isu ini... b. berkaitan dengan isu ini... c. berkait isu ini... d. berkaitan ini... e. tentang isu ini... Terima kasih.
  1. Penamaan tempoh masa dari 7.00pm hingga 11.59pm ialah malam.  2.    Kamus Dewan memberi makna baharu sama dengan baru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baharu ialah kata adjektif (dalam bahasa Inggeris ialah new) yang lazim kita temui dalam ayat rumah baharu dan pelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu (dalam bahasa Inggeris ialah just) seperti dalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa. 3. Frasa yang betul ialah ...berkaitan dengan isu ini....  dan berkenaan dengan isu ini.
Tatabahasa06.02.2015
Cikgu, 1. Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur. 2. Saya tertarik kepada pemandangan malam di Kuala Lumpur. 3. Saya tertarik pemandangan malam di Kuala Lumpur. 4. Saya tertarik oleh pemandangan malam di Kuala Lumpur. Ayat yang manakah barulah betul? Saya fokus akan frasa "tertarik oleh/kepada/akan/tiada kata sendi nama pemandangan malam".Ayat yang betul ialah "Saya tertarik akan pemandangan malam di Kuala Lumpur."Tatabahasa10.05.2014
Selamat sejahtera. Waktu yang mana adalah betul? Jam1800 / Jam1900 = 6.00 petang / 7.00 petang ATAU = 6.00 malam / 7.00 malam ATAU = 6.00 petang / 7.00 malamPenggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi.Tatabahasa22.07.2013
‎Az Hanif Ab Halim mohon pencerahan, pengesahan atau syor lain bagi tajuk acara yang betul dan tepat: 1) MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI atau 2) MAJLIS JAMUAN MALAM NEGERI KBerkenaan dengan soalan tuan tersebut, Majlis Makan Malam Negeri (makan malam terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu Dinner) adalah lebih sesuai. Sekiranya hendak memasukkan pilihan yang kedua tuan perlu menggugurkan Majlis dan dijadikan Jamuan Makan Malam Negeri. Namun begitu, kami mencadangkan pilihan yang terbaik ialah MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI.Makna18.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas