Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam.ma.lam] | مالم٢

Definisi : sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malam-malam

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dieresispemenggalanKesusasteraanPuisiMemotong atau mengerat pembahagian idea atau pemikiran yang bersifat menjemukan pada baris atau kelompok kata sehingga menjadi rangkap. Ada kalanya perbezaan dalam melakukan pemenggalan akan membawa kepada perbezaan erti. Contohnya, puisi "Malam Ini" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Malam ini (seperti malam-malam yang lalu) kulihat ia selalu menguntum senyum ketika menyambut ketibaanku untuk bersatu dan berlakon, cerita anak pelaut memburu hidup pemburu maut.
night scented planttumbuhan harum malamLandskapTiadaTumbuhan berbunga yang menghasilkan bau pada waktu malam. Contohnya, bunga sundal malam .
kayu malamkayu malamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Diospyros spp. daripada famili Ebenaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah buey, kayu arang, kumoi, meribut, dan kumoi bukit, dan di Sabah ialah Sabah ebony. Spesies utamakayu ini termasuk Diaspyros buxifolia, D. clavigera, D. confertiflora, dan D. durionoides.. Gubal kayu ini tidak berbeza daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Spesies yang lebih berat lebih sukar untuk dikeringkan, dan mempunyai kadar kecutan yang tinggi serta ketahanan semula jadi yang sesuai untuk perabot yang bermutu tinggi, kayu hiasan, dan panel. Kayu yang berwarna cerah pula digunakan untuk papan lapis, perabot, dan angkut.
night time economyekonomi malamKriminologiKeadilan JenayahAktiviti yang dijalankan pada waktu malam dengan tujuan keuntungan terutamanya aktiviti hiburan dan kehidupan malam. Aktiviti ini meningkatkan kebarangkalian berlakunya jenayah tertentu. Contohnya, penggunaan dadah di dalam kelab malam atau pusat hiburan.
astronomical dayhari astronomiPelayaranTiadaJangka masa 24 jam suria dari tengah malam ke tengah malam berikutnya.
goodnight cardkad selamat malamPentadbiran PerniagaanTiadaKad yang diletakkan di atas katil tetamu semasa servis malam yang biasanya disertakan dengan sekuntum bunga atau coklat sebagai tanda mengucapkan selamat malam kepada tetamu.
radiation nightmalam sinaranSainsHidrometeorologiMalam yang dicirikan oleh ketiadaan awan dan angin serta nyata terdapat padanya penyejukan bumi secara sinaran dan lapisan permukaan udara oleh pengkonduksian haba dari udara ke bumi. Ketiadaan awan memastikan terdapatnya agak sedikit sahaja sinaran pampasan yang diarahkan ke bumi. Ketiadaan angin mengehadkan penyejukan kepada lapisan nipis udara berhampiran dengan bumi dan menghasilkan suhu permukaan minimum yang rendah. Kejadian suhu udara minimum pada sesetengah keadaan pada beberapa sentimeter atas dari permukaan bumi dan bukan di permukaan bumi sendiri telah banyak dibuktikan tetapi sehingga kini tidak terdapat penjelasan yang boleh diterima. Faktor-faktor lain yang menggalakkan minimum suhu rendah pada malam sinaran ialah udara yang agak kering, kekonduksian haba bumi yang rendah, dan malam yang panjang.
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana bagi stesen radio bergerak kerana jumlah pendengar radio adalah tinggi dan selepas tempoh itu, jumlah khalayak mulai berkurangan sehingga pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Masa peralihan merupakan panduan kepada para pengiklan untuk membeli ruang siaran dan menentukan kos pembiayaan bagi sesuatu iklan.
nightglowteja malamGeografiTiadaCahaya malap pada waktu malam akibat sinaran daripada gelombang-gelombang ultraungu yang terionisasikan.
night drivespandu malamUmumTiadaAktiviti ekspedisi pada waktu malam utk melihat haiwan nokturnal dengan menaiki kenderaan dalam kawasan itu. Aktiviti ini popular di Afrika Selatan.
12345678910...

Kembali ke atas