Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.la.ria] | مالاريا

Definisi : sj penyakit yg disebabkan oleh parasit protozoa dlm sel darah merah, yg dibawa oleh gigitan nyamuk tiruk, dan dicirikan dgn se­rangan demam dan seram sejuk yg berulang­ulang, demam kura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.la.ria] | مالاريا

Definisi : = demam ~ penyakit demam yg disebabkan oleh kuman melalui gigitan nyamuk tiruk; demam kura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malaria


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MALARIAMalaria ialah penyakit parasit yang berbahaya
yang biasa berlaku di kawasan tropika dan
subtropika. Penyakit ini disebabkan oleh protozoa
(organisma mikroskopik) yang dikenali sebagai
Plasmodium dan disebarkan oleh gigitan nyamuk
betina Anopheles (nyamuk tiruk). Mangsa malaria
mengalami serangan secara sejuk dan demam. Dua
hingga tiga juta orang mati akibat penyakit ini setiap
tahun.
UMUM 
NYAMUK

Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan

sesetengah penyakit yang paling teruk kepada

manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu

membawa kuman yang menyebabkan penyakit

serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan

demam kuning. Apabila nyamuk “menggigit”, ia

mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis

nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia

mempunyai “gigitan” yang menyakitkan. Banyak

daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit

hidup di kawasan yang panas, lembap dekat

khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua

bahagian di dunia, malah di Artik.

UMUM 
KUININ

Kuinin ialah bahan yang berasa pahit yang

diperoleh daripada kulit pokok cinchona. Ia

biasanya digunakan untuk merawat malaria

dan penyakit lain.

UMUM 
RACUN PEROSAK

Racun perosak ialah bahan kimia yang

digunakan untuk mengawal atau menghapuskan

perosak. Barangkali serangga adalah perosak

utama. Banyak jenis serangga menjangkitkan

penyakit yang teruk seperti malaria dan tifus.

Sesetengah serangga memusnahkan atau

menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman

yang bernilai seperti jagung dan kapas. Lain-lain

perosak biasa termasuk bakteria, kulat, tikus, dan

rumpai. Perosak boleh dengan teruk

mengurangkan pengeluaran tanaman dan

ternakan. Pembuat menggunakan pelbagai bahan

kimia untuk membuat racun perosak.

UMUM 
ROSS, SIR RONALD

Ross, Sir Ronald (1857–1932), doktor British, yang

menerima Hadiah Nobel pada tahun 1902 untuk

bidang fisiologi atau perubatan. Hadiah ini diberi

untuk menghargai usahanya yang kemudiannya

menyebabkan penemuan kaedah untuk menentang

penyakit malaria.

UMUM 

Kembali ke atas