Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan.

1. Siti meminta bantuan daripada polis.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau   frasa nama yang menyatakan:
i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak).
ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
iii. Perbezaan atau perbandingan.

2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.

3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.

6. Membuat bayaran

7. Kerusi malas

8. Kerusi bayi

Tatabahasa01.09.2021
Tabiat merokok mendedah atau mendedahkan badan kita kepada masalah kesihatan. Apakah perbezaan mendedah dan mendedahkan? Terima kasih.

Berikut ialah perbezaan dari segi makna perkataan ”mendedahkan dan “mendedah”  berdasarkan  Kamus Dewan Perdana (KDP)  terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

I.    Mendedahkan - membiarkan diri tanpa perlindungan daripada bahaya.

ii.   Mendedah -  tidak mahu berusaha atau malas, contohnya tidak mahu mencari kerja  dengan hanya duduk di rumah sahaja.

 Berdasarkan makna perkataan tersebut, ayat yang betul ialah “Tabiat merokok mendedahkan badan kita kepada masalah kesihatan”

Tatabahasa18.04.2023

Kembali ke atas