Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar yg memiliki, raja, tuan: Raja Syarif raja yg soleh / Bangsa Hasyim sedia terpilih / Berkat syafaat Tuhan yg ~ / Pangkat yg mulia sudah terpilih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malik I

Puisi
 

Pokok malik padang seberang,
     Sampai tak rumput lalang berbunga;
Tiada sebut hatiku sayang,
     Sampai sebut orang punya.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penulisan (ejaan) nama khas Al Malik, Al Hassan, Al Munir, Al Amin dan Al Masih betul? Mohon penjelasan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah al-Malik, al-Hassan, al- Munir, al-Amin dan al-Masih.Ejaan22.08.2011
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih.Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa26.04.2010
Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih

Berikut merupakan penjelasan daripada DBP:

  1. Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah <i style="mso-bidi-font-style: normal">Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.i>   
  2.  Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.  

Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga.

 

 

 

Tatabahasa26.06.2014
Assalamualaikum, Boleh saya dapatkan tarikh penganugerahan Hadiah Karya Ilmiah 2016/2018 (DBP-KPM)? Sekian, terima kasihSalam sejahtera, Hadiah Karya Ilmiah Hadiah Karya Ilmiah merupakan pengiktirafan kepada karya-karya ilmiah yang terpilih bagi Kategori Sains dan Teknologi, serta Kategori Seni, Sains Sosial dan Kemanusiaan. Majlis penyampaian Hadiah Karya Ilmiah 2016-2018 telah diadakan pada 7 November 2019 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP bersempena dengan Sambutan Majlis Pelancaran Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Sekian, untuk makluman.Lain-lain03.06.2020
Apakah perbezaan antara cikgu dan guru
Perkataan cikgu dan guru mempunyai makna yang hampir sama tetapi laras dan kaedah penggunaannya adalah berbeza. Perkataan cikgu digunakan dalam bahasa basahan untuk merujuk kepada guru, iaitu orang yang kerjanya mengajar atau mendidik
pelajar secara formal di sekolah. Cikgu juga digunakan sebagai kata panggilan kepada orang yang mengajar secara formal
di sekolah. Saya memetik olahan cikgu dan guru daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk rujukan saudara, iaitu:



cikgu 
n 1 panggilan kpd orang yg mengajar secara formal di sekolah: Cikgu Sahar membawa murid-muridnya
beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Saya ingin belajar tarian ini, boleh cikgu tunjukkan
caranya?
2 bb orang yg mengajar secara formal di sekolah; guru: Kedua-dua cikgu itu baru tahun ini
mengajar di sekolah kami.


guru
n 1 orang yg kerjanya mengajar atau mendidik pelajar secara formal di sekolah: Pelajar perlu
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dlm kelas.
2 orang yg mengajar atau mendidik ttg
sst perkara, bidang dsb: Masalahnya bermula apb guru kelas gimnastik enggan meneruskan kelasnya.
tGuru beliau dlm bidang fiqah ialah Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas dan Abu Hanifah.
3 pemimpin
agama Hindu;
Makna24.08.2023

Kembali ke atas