Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.mah] | مامه

Definisi : ; memamah 1. menghancurkan makanan (dlm mulut) dgn gigi, mengunyah: Hashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya bermain; ~ biak memakan makanan kali keduanya (lembu dll); 2. ki memusnahkan, menghancurkan, menjahanamkan, merosakkan: pejabat itu musnah dimamah api; tekanan hidup yg pahit dan tempang ini ~ daging badan-nya; memamahkan 1. memamah (mengunyah) sesuatu utk; 2. memamah pd; mamahan sesuatu yg sudah dimamah; pemamah; ~ biak binatang yg memamah biak (lembu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.mah] | مامه

Definisi : ; memamah menghancurkan (makanan dll) di dlm mulut dgn gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mamah
Kata Terbitan : memamah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
masticmamah; mastikKejuruteraanTiadaTiada
ludailudaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Sapium dpp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gurah dan mamah pelanduk, dan di Sabah ialah apid-apid. Hanya tiga spesies utama menghasilkan kayu ludai, ialah Sapium baccatum, S. discolor dan S. indicum. Gubal kayunya dan teras kayu ludai sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul atau kadang-kadang beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 290 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ludai mudah dikerjakan dan mengering dengan baik, tanpa mengalami cacat yang teruk. Kayu ini boleh diserang serangga dan kulat berwarna gubal. Kayu ludai sesuai untuk kotak, venir kor dan papan lapis.

Kembali ke atas