Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.man] | مامن

Definisi : 1. kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dll); 2. mamai, bingung, ke­takutan: gopoh-~ tergopoh-gopoh benar, tergesa-gesa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.man] | مامن

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg boleh di­makan), Cleome icosandra; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat pening), Gynandropsis gynandra; ~ pasir sj tumbuhan (herba), inai paya, Jussiaea linifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maman

Puisi
 

Daun kerikil daun maman,
     Ketiga dengan daun cempa;
Kenapa tuan tegak di laman,
     Naik ke rumah tuan kenapa?


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cleome (Cleome icosandra)maman (Cleome icosandra)PertanianTiadaTiada
yellow cleome (Cleome rudidosperma)maman (Cleome rudidosperma)VeterinarTiadaTiada
weedrumpaiVeterinarTiadaRumput-rampai dan tumbuhan renek serta berdaun lebar yang tumbuh secara bebas di merata-rata tempat seperti di kebun, ladang tanaman utama, tepi-tepi jalan atau di ban tali air. Sebahagian besar tumbuhan ini digemari oleh ternakan ruminan. Terdapat juga beberapa spesies rumpai berdaun lebar yang digemari oleh ternakan seperti rumput Israel (Asystasia intrusa) dan akar ulan (Mikania cordata). Manakala, jenis rumpai yang kurang digemari pula selalunya mempunyai ciri-ciri tumbuhan yang berduri seperti semalu (Mimosa pudica) dan terung liar (Solanum spp), berdaun kasar seperti mempelas (Tetracera indica) dan senduduk (Melastoma malabathricum), daun berbulu seperti akar kala (Clidemia hirta) dan letup-letup (Passiflora foetida) ataupun jenis yang berbau seperti pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) dan maman pasir (Cleome cilita).

Kembali ke atas