Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.bang] | ممبڠ

Definisi : 1. sj hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya): ~ segera; 2. = ~ kuning = ~ petang warna kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk (di sebelah barat); 3. ki perem­puan (yg belum bersuami), anak gadis: dia belum lagi dapat memikat hati seorang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.bang] | ممبڠ

Definisi : sj ikan laut, Lutjanus sanguineus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.bang] | ممبڠ

Definisi : makhluk halus yg dipercayai dpt merosakkan manusia; hantu. ~ kuning warna kuning kemerah-merahan di sebelah barat ketika matahari masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mambang
Rujuk :hantu

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SETUL

SETUL, sebahagian daripada Kesultanan Kedah yang dikenal sebagai mukim Setul, dan terletak di Selatan Thailand. Di sebelah utaranya bersempadan dengan Trang, Phatalung dan Songkhla, manakala di selatannya bersempadan dengan Perlis dan kedah.  Keluasan Setul dianggarkan 3086 km persegi.  Setul juga pernah dikenal sebagai ‘Negeri Setul Mambang Segara’.  Majoriti penduduknya orang Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu-Thai dan kebanyakannya beragama Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ANDING

 

ANDING,  upacara pengubatan tradisional masyarakat kedayang di Sabah.  Terdapat tiga jenis anding yang lazim dilakukan oleh masyarakat Kedayan iaitu anding rimba, anding mambang dan anding biasa. Walaupun gaya persembahan ketiga-tiga anding tidak berbeza, namun peranan dan tujuannya berlainan.                                                                       

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas