Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pu] | ممڤو

Definisi : akronim bagi Manpower and Ad-ministrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~; memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut; kemampuan 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; berkemampuan 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pu] | ممڤو

Definisi : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan sesuatu; berupaya: Saya masih belum ~ membeli rumah. kemampuan kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. berkemampuan mempunyai kemampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,

Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solo pathogenpatogen soloBiologiPatologiPatogen yang mempunyai inokulum yang biasanya tidak mampu menjangkiti perumah tetapi kemudian mampu berbuat demikian setelah mengalami pengubahsuaian. Sebagai contoh, ustilospora kulat smut pada jagung (Ustilago maydis) biasanya tidak mampu menjangkiti perumahnya kerana kulat tersebut berada dalam peringkat haploid. Oleh sebab terdapat gangguan dalam proses meiosisnya maka ustilospora tersebut menjadi diploid, dan seterusnya patogenik.
roller supportsokong gulingMekanikGunaanSokong yang mampu menerbitkan daya pengekang tetapi tidak mampu menerbitkan sebarang ganding pengekang, dan sokong ini akan berguling pada permukaan sokong di bawah tindakan sebarang sistem daya yang umum.
ball supportsokong bebolaMekanikGunaanSokong yang mampu menerbitkan daya tindak balas tetapi tidak mampu menerbitkan sebarang momen tindak balas. Ia boleh menggelangsar pada permukaan sokong, kecuali dikekang di dalam soket. Lihat juga sambungan bebola dan soket.
self-paced instructionpengajaran mampu diriTeknologi Maklumate-PembelajaranSebarang pengajaran berdasarkan kemampuan seseorang pelajar menguasai objektif pembelajaran tanpa kekangan masa. Lihat juga pembelajaran mampu diri.
flat riserpenaik datarAeroangkasaTiadaPesawat udara VTOL yang mampu berlepas secara menegak.,Keadaan apabila sesuatu jasad berada keseluruhannya di dalam bendalir. Contohnya pesawat udara terendam di udara.,Pesawat udara VTOL yang mampu berlepas secara menegak.
distinctive competencekewibawaan tersendiriPengurusanPerancanganKeupayaan khusus sesebuah syarikat yang mampu bertahan lama dan berupaya membantu syarikat mencapai prestasi ekonomi yang baik atau lebih tinggi daripada syarikat pesaing. Contohnya, syarikat pengeluar perabot atau penyedia khidmat perancang perkahwinan yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berinovatif, mampu milik dan mengikut citarasa semasa yang diingini pengguna.
imaginationimaginasiKesusasteraanTiadaKebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk �membentuk sesuatu imej�.
informal groupkumpulan tak rasmiPengurusanPerancanganIndividu-individu dalam organisasi yang membentuk satu kumpulan secara sukarela dan bukan atas kapasiti tugas rasmi tetapi masih mampu untuk melakukan kerja secara bersama-sama. Kepentingan kumpulan ini dalam pengurusan organisasi ialah mereka mampu meningkatkan moral dan motivasi dalam kalangan pekerja, selain dapat mewujudkan sistem komunikasi tidak rasmi yang berkesan. Contoh kumpulan tak rasmi dalam organisasi ialah kelab sukan dan badan kebajikan pekerja.
capablemampuPentadbiranTiadaTiada
solventmampu bayarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas