Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI NIGER

Sungai Niger ialah sungai yang ketiga terpanjang

di Afrika selepas Sungai Nil dan Sungai Congo

(Zaire). Sungai Niger mengalir sejauh kira-kira 4180

kilometer di barat Afrika. Ia membawa lebih banyak

air daripada mana-mana sungai di Afrika yang lain

kecuali Sungai Congo (Zaire). Sungai Niger menyaliri

kawasan seluas kira-kira 1 500 000 kilometer persegi.

UMUM 
ANZUS

ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat

secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New

Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut

menggabungkan huruf pertama setiap nama negara

ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan

bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan

Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini

membahayakan mereka semua. Setiap negara

berjanji untuk “bertindak menentang bahaya yang

dialami bersama selaras dengan proses

perlembagaannya.” Perjanjian tersebut

ditandatangani di San Francisco pada 1 September

1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952.

UMUM 
SISTEM PERPULUHAN

Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis

nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti

yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh

ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya

menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4,

5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini

bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu

nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai

yang sama sekali berbeza dalam nombor 832

berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan

yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh

sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya

dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan

tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai.

UMUM 
NOMBOR GANJIL

Nombor ganjil ialah integer yang menepati mana-mana syarat berikut:

 (i)1">  tidak boleh dibahagi dengan nombor 2 (ada baki nombor dihasilkan selepas pembahagian), atau

MATEMATIKKonsep
SUMPITAN

Sumpitan ialah pembuluh di mana damak

beracun atau bebola tanah liat ditiupkan

melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat

daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat

dengan membuat lubang dalam galah kayu.

Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2

meter panjang, dan dipasang muncung dan alat

untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus

untuk menyumpit burung dan monyet di hutan

tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal

dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman

Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan

sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang

tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 
MELEMPAR TUKUL BESI

Melempar tukul besi ialah acara sukan di mana

atlet melempar tukul (bola logam) sejauh yang

terdaya. Tukul yang digunakan seberat 16 paun

(7.257 kilogram). Pelempar memegang pemegang

yang disambung pada tukul dengan dawai keluli

sepanjang tidak lebih daripada empat kaki (1.2

meter). Atlet melempar tukul dari dalam satu bulatan

bergaris pusat tujuh kaki (2.1 meter).

UMUM 
SURAH AL-FAJR

Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah

S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia

menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu

juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan

10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah,

dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil

seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang

genap dan yang ganjil”.

(Surah al-Fajr 89:1–3)

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

1">             

 

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas