Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ka.la] | ماناکالا

Definisi : 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ka.la] | ماناکالا

Definisi : pd waktu atau pd ketika tertentu; apabila: ~ bertemu, kami berpeluk-pelukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakala


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
piramidpyramidPepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat rajahMenengah Atas
piramidpyramidPepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat ContohMenengah Rendah
songsang sisilaterally invertedPerihal imej cermin yang sebelah kanannya ialah objek, manakala sebelah kirinya ialah imej atau sebaliknya. Lihat rajahMenengah Atas
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan).Menengah Atas
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju sesuatu objek. Bagi halaju bertambah, pecutannya positif, manakala bagi halaju mengurang, pecutannya negatif.Menengah Rendah
ketakterhinggaaninfinityKuantiti yang tidak mempunyai had. Simbol bagi ketakterhinggaan positif ialah +∞, manakala bagi ketakterhinggaan negatif ialah -∞.Menengah Atas
nombor berarahdirected numberNombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+).Menengah Atas
protraktorprotractorAlat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. Lihat rajahMenengah Atas
nilai kebenarantruth valueNilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu.Menengah Atas

Kembali ke atas