Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kep kemanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakan

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakan betul? 1. Ahmad dan keluarganya berteduh di bawah ( sebatang, sepohon ) pokok yang rendang.Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok".Ejaan29.03.2016
Yang manakan ejaan yang betul bagi contoh perkataan di bawah 1. Al Rahman 2. Ar RahmanEjaan yang betul ialah al-Rahman. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan17.11.2008
Di manakan saya boleh mendapatkan perisian elektronik kamus dewan dan pustaka?

Di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka atau semua cawangan/ wilayah DBP serta semua wakil pengedar yang dilantik.

Lain-lain20.09.2008
Manakah yang berikut ialah betul? a.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya b.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya Adakah ini jenis kesalahan ejaan?Berdasarkan sumber kami, peribahasa yang terakam ialah "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu". Tidak ada kesalahan ejaan dalam kedua-dua bentuk peribahasa yang saudara nyatakan, masakan dan manakan kedua-dua kata tersebut betul.Lain-lain11.11.2010
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'?Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklumMakna06.08.2007
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai penggunaan Ir. (Enginieur). yang manakan penggunaan yang betul bagi 2 ayat berikut: 1. IR. DR. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI 2. Ir. Dr. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI Mohon pencerahan daripada pihak tuanCadangan jawapan yang sesuai ialah:

a)  IR. DR. MOHD SYAHMI BIN ZAIDI (sekiranya ditulis dengan huruf besar)
b)  Ir. Dr. Mohd. Syahmi bin Zaidi (sekiranya ditulis dengan huruf kecil)
Lain-lain28.07.2023
Salam tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan -kan di dalam ayat dibawah. Manakan antara ayat berikut yang menggunakan -kan dengan betul? 1) Lukis dan labelkan 2) Lukiskan dan labelkan 3) Lukis dan labelSalam sejahtera, 

 Puan,

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.
Jadi, frasa yang betul ialah (2) Lukiskan dan labelkan

Sila rujuk Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.02.2019
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul?merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan.Tatabahasa21.02.2011
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat.Tatabahasa16.06.2014
Salam.Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini.Soalan saya kali ini , antara setimbun ikan dengan selonggok ikan yang manakan lebih tepat.Mengapa.Timbun dan longgok sama maknanya, iaitu himpunan sesuatu yang bertindih-tindih. Oleh itu, setimbun ikan atau selonggok ikan kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa29.07.2011
12

Kembali ke atas