Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.ca.ne.ga.ra] | منچانݢارا

Definisi : Id negara-negara asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mancanegara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan mancanegara? Adakah perkataan ini kata imbuhan?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1404) mancanegara ialah kata bahasa Indonesia yang bermaksud negara-negara asing atau luar negeri. Kata manca ialah imbuhan (awalan) daripada bahasa Sanskrit.Makna02.04.2024
Apa makna 'manca'Manca ialah bahasa Indonesia seperti perkataan mancanegara dan pancawarna yang bermaksud banyak.Makna07.04.2014
Apakah maksud 'mancaperspektif'?Untuk makluman tuan, tidak ada perkataan mancaperspektif dalam pangkalan data DBP, walau bagaimanapun, perkataan manca ialah bahasa Indonesia seperti perkataan mancanegara dan pancawarna yang bermaksud banyak. Menurut Kamus Dewan, perspektif  bermaksud pandangan (pentafsiran) yg wajar berkaitan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm. hubungan keseluruhannya.Istilah13.11.2018
Salam sejahtera, tuan. Apakah yg dimaksudkan dgn "mancabangsa"? Perkataan ini saya ketemukan dalam buku Kumpulan Puisi Mencari Makna Diri tulisan Tuan Pengarah DBP. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat, terdapat perkataan mancanegara, iaitu negara asing atau negara luar. Melalui takrifan tersebut, mancabangsa boleh ditakrifkan sebagai bangsa asing atau bangsa luar.Makna06.11.2013

Kembali ke atas