Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.cis] | منچيس

Definisi : = ~ api gores api, korek api, geretan; memancisi menyalakan dgn mancis (rokok dll); memanciskan menggoreskan anak mancis supaya menyala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.cis] | منچيس

Definisi : = ~ api kayu kecil yg hujungnya berselaput dgn bahan yg mudah berapi apabila digeselkan pd sesuatu; gores api: kotak ~ kotak khas tempat mengisi mancis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mancis (kata nama)
Bersinonim dengan mancis api, gores api, korek api, kerik api, pencolek api, penggesek api, geretan.,

Puisi
 

Kalau ke titi dari seberang,
     Batang mancis membakar badan;
Alak hati siapa kian melarang,
     Siapatah kian dapat menahan.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan dikeringkan tetapi mudah diserang kulat dan serangga serta mempunyai ke- tahanan semula jadi yang rendah tetapi mudah diawet. Kayu ini digunakan untuk membuat kayu kegunaan am, kotak kayu, kotak mancis, kor venir dan perabot murah. (HUT) kekatung (kekatung) Nama piawai bagi kayu Cynometra spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia termasuk belangkan, katung-katung dan kekatung laut dan tinggi dan kurang reaktif berbanding fosforus putih. Fosforus merah disediakan dengan memanaskan fosforus putih pada 240°C bersama mangkin. Fosforus ini digunakan untuk membuat asid fosforik, seba- tian fosforus lain, mancis dan baja. (KIM) red rice (angkak) Bahan pewarna yang digunakan terutamanya sebagai pewarna makanan dan boleh dihasilkan melalui penapaian beras dengan Monascus purpureus. (BIO) redox (redoks) Gabungan proses penurunan dan

Kembali ke atas