Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.dat] | مندت

Definisi : 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg di­amanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: ran-cangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.dat] | مندت

Definisi : 1 amanah yg diberikan oleh orang ramai kpd wakil mereka utk melakukan sesuatu. 2 kuasa atau tugas yg diberikan oleh pihak-pihak yg lebih tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandat (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, amanah, kewibawaan, tanggungjawab, dekri, tauliah, perintah.,