Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.dat] | مندت

Definisi : 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg di­amanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: ran-cangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.dat] | مندت

Definisi : 1 amanah yg diberikan oleh orang ramai kpd wakil mereka utk melakukan sesuatu. 2 kuasa atau tugas yg diberikan oleh pihak-pihak yg lebih tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandat (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, amanah, kewibawaan, tanggungjawab, dekri, tauliah, perintah.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mandatemandatSains PolitikPolitik PerbandinganKepercayaan, amanah atau kuasa yang diberikan kepada individu, organisasi atau kerajaan untuk menjalankan sesuatu tanggungjawab. Dalam konteks pemerintahan negara, mandat diperoleh daripada rakyat atau majlis pemerintahan dan seterusnya memberi hak mentadbir dan memerintah. Mandat memberi satu kelebihan, autoriti serta legitimasi kepada pemerintah. Contohnya, Barisan Nasional diberi mandat membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya 1974.
elctor mandatemandat pengundiUndang-undangTiadaMandat pengundi kepada wakil yang dipilih dalam pilihan raya.
administered territorywilayah tadbirSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem mandat yang diperuntukkan melalui artikel XXII (22) di bawah persetujuan Liga Bangsa. Sejarah sistem ini merupakan satu pertanggungjawaban sesebuah negara untuk mengurus tadbir wilayah bekas jajahan. Urus tadbir wilayah ini diserahkan di bawah tanggungjawab negara tertentu melalui amanah Liga Bangsa. Contohnya, pada tahun 1920, Afrika Selatan di bawah mandat ini diberikan tanggungjawab untuk mentadbir Barat Daya Afrika (Namibia). Objektif asas sistem ini adalah untuk merancang dan mengukuhkan pembangunan wilayah yang masih lagi dianggap belum bersedia berdikari. Negara yang diberi mandat akan memegang autoriti pentadbiran wilayah sehingga wilayah tersebut bersedia untuk mentadbir sendiri menurut ketetapan Liga Bangsa.
mandatemandatPentadbiranTiadaTiada
mandatemandatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mandatemandatSains PolitikTiadaTiada
mandatemandatUndang-undangTiadaTiada
mandatemandatSejarahTiadaTiada
mandatemandatSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
political mandatemandat politikSains PolitikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas