Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mandir;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya?Adakah mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik sama maksudnya?
Mundar-mandir, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan.
Makna19.12.2013
Adakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasihAdakah mundar-mandir, bolak-balik, berulang-ulang dan ulang-alik sama maksudnya? Terima kasih
Mundar-mandir, berulang-ulang, bolak-balik dan ulang-alik mempunyai satu makna yang sama iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun ada makna bola-balik yang membawa maksud tidak tetap percakapan dan perbuatan.
Makna19.12.2013
Kenderaan (bermundar-mandir @ berlalu-lalang @ berulang-alik @ jawaban lain) dari kampung itu ke pekan. Manakah kata majmuk yang paling sesuai bagi konteks ayat tersebut? Sila beri penjelasan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan perkataan mundar-mandir dan berulang alik mempunyai satu makna yang sama, iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun, perkataan mundar-mandir lebih sesuai digunakan untuk orang. Manakala lalu-lalang pula bermaksud banyak kali lalu ( keluar masuk; tidak teratur; kacau bilau). Oleh itu, kata majmuk yang sesuai bagi konteks ayat ialah “ Kenderaaan berulang-alik dari kampung itu ke pekan.

Tatabahasa14.03.2018
Ramli dan Aeron lari________ apabila dikejar angsa Pak Dollah. A. tunggang-langgang B. compang-camping C. mundar-mandir D. lintang-pukang *(jawapan yang diberi ialah "D", tetapi adakah "A" boleh diterima juga?)Merujuk Kamus Dewan, tunggang-langgang juga membawa maksud lintang-pukang dan lintang-pukang juga ada membawa maksud tunggang-langgang. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 
Tatabahasa19.05.2013
Apakah kesalahan istilah dalam ayat "Ayah bermundar-Mandriva ke pejabat." ?Ayat yang betul ialah "Ayah berjalan mundar-mandir di dalam pejabat itu"
Tatabahasa13.11.2017
Assalamualaikum.... Saya ada dua pertanyaan: 1. Perkataan MANTAN dalam Kamus Dewan diperikan sebagai pernah memegang jawatan suatu masa dahulu. Benarkah makna asalnya ialah Mundar-Mandir Tanpa Jawatan? 2. Ramai yang menggunakan perkataan SADO untuk merujuk lelaki yang sasa. Adakah perkataan SADO dibentuk secara akronim? Jika benar, apa rangkai katan asalnya? Terima kasihTidak ada asal kata mantan dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan perkataan "sado" tidak ditemukan sebarang maklumat tentang kata tersebut, Antara kedua-dua kata tersebut, kata "mantan" banyak digunakan dalam konteks rasmi, manakala kata "sado" hanya digunakan dalam bahasa percakapan.   Istilah13.08.2015
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009

    Kembali ke atas