Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.di.ri] | منديري

Definisi : Jw berdiri sendiri; pemerintah ~ pemerintah yg berdiri sendiri; bermandiri dapat berdiri sendiri: kehidupan ini perjuangan terus-menerus utk ~; kemandirian perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mandiri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah imbuhan 'di-' bersama mandiri. Seperti kita tahu, mandiri di dalam bahasa Inggeris merupakan survive. The winter can be survived by the polar bear. Cuaca sejuk dapat dimandiri oleh beruang kutub. Betulkah terjemahan itu?

Perkataan mandiri digunakan mengikut konteks ayat. Dalam ayat yang diberikan, padanan survived ialah hidup. Cadangan terjemahan ialah Beruang kutub boleh hidup pada musim sejuk.

Penyemakan dan penterjemahan10.02.2021
Syarikat kami adalah anak syarikat Bank Mandiri dari Indonesia dan menyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke Indonesia bagi pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Kami memerlukan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat yang akan di letakkan pada papan tanda dan akan digunakan sebagai standard corporate design. Ayatnya adalah "Kiriman wang" atau "Pengiriman Wang", yang mana satu lebih sesuai berdasarkan perkhidmatan kami dan penggunaan bahasa. Terima kasih.Cadangan kami ialah Perkhidmatan Kiriman Wang sebagai keterangan jenis aktiviti perniagaan saudara.Tatabahasa24.05.2010
Salam. Saya ingin tahu apakah istilah atau terjemahan paling tepat dan sesuai untuk perkataan 'self-help'. DBP memberi berbagai terjemahan: - menolong diri - bantu mandiri - usaha diri - usaha kendiri terima kasihIstilah self-help secara tekal diberikan padanan usaha diri dalam kebanyakan bidang (ekonomi, geografi, pendidikan, undang-undang, psikologi, pendidikan, sosiologi). Jika puan ingin mencari padanan istilah, sila rujuk dahulu domain Istilah Bahasa Melayu dalam prpm.dbp.gov.my, bukan domain-domain lain.Istilah27.12.2018
Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "big wall climbing", "free wall climbing", "free climbing" dan juga "free soloing" dalam konteks sukan pendakian dinding/batu. Rujuk: https://www.evorock.com/blog/2016/07/13/3694/#:~:text=In%20free%20climbing%2C%20the%20climber,in%20case%20of%20a%20fall. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah big wall climbing ialah panjat tembok besar, free wall climbing ialah panjat tembok mandirifree climbing ialah pendakian mandiri dan free soloing climbing ialah pendakian solo mandiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah29.09.2022

Kembali ke atas