Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.dul] | مندول

Definisi : 1. tidak boleh beranak, majir: isterinya ~; 2. ki tidak produktif: benarkah sastera Malaysia ~?; bagai emak ~ baru beranak prb sangat gembira kerana mendapat sesuatu yg sangat diidam-idamkan; memandulkan menjadikan benda hidup mandul: kebanyakan orang lelaki tidak ber-setuju kalau mereka dimandulkan; kemandulan perihal mandul (tidak boleh beranak); pemandulan perihal (proses, perbuatan) me­mandulkan benda hidup (manusia, binatang): ~ merupakan salah satu cara utk mengatasi masalah ledakan penduduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.dul] | مندول

Definisi : tidak dpt beranak. memandulkan menjadikan mandul. kemandulan perihal (sifat) mandul. pemandulan proses atau perbuatan memandulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandul (adjektif)
Bersinonim dengan tidak subur, kasi, bulus, gersang, kersang, tandus, gabuk, majir;,

Peribahasa

Berketak ayam mandul;
     orang berketak ia berketak,
orang bertelur ia tidak.

Bermaksud :

Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sterilitykemandulanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang tidak berupaya untuk menghasilkan anak. Kemandulan ini boleh terjadi pada haiwan jantan atau betina. Pemeriksaan perlu dilakukan untuk memastikan haiwan tersebut mandul. Lazimnya, haiwan ladang akan ditakai apabila disahkan mandul.
barrenmandul; tandusGeologiTiadaTiada
childlessmandul; tiada anakKependudukanTiadaTiada
barrenmandul; tandusPerhutananTiadaTiada
infertilemandulPerubatanTiadaTidak berupaya atau berkebolehan menghasilkan anak.
barrenmandul; tandusGeografiTiadaTiada
barrenmandul; tandusPerubatanTiadaMansul: Tidak berupaya menghasilkan zuriat.
childlessmandul; tiada anakSosiologiTiadaTiada
infertilemandulPerubatanTiadaKegagalan pasangan untuk mendapatkan zuriat walaupun melakukan aktiviti seksual secara tetap melebihi tempoh setahun.
sterilemandulBiologiMikrobiologiPerihal organisma yang tidak boleh membiak.
123

Kembali ke atas